Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, March 10, 2013

Kerajaan Tidak-Rasmi (Caretaker Government) Punya Kuasa Terhad

KELMARIN genap lima tahun tempoh hayat kerajaan persekutuan sejak pilihanraya umum 8 Mac 2008. Telah ada pakar undang-undang termasuk Tommy Thomas yang menyatakan bahawa hari ini bermula tempoh kerajaan tak-rasmi (caretaker government) sehingga tarikh pengundian PRU ke-13 tidak lama lagi.

Sama ada ia bermula hari ini atau tidak lama lagi, yang penting kuasa kerajaan tak-rasmi adalah terhad. Jika melanggarnya bererti melanggar undang-undang, mencabul kedaulatan undang-undang dan pecah amanah terhadap rakyat.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula memberi contoh sistem demokrasi negara Komanwel, termasuk Australia, yang turut menjadi teladan kepada Malaysia di mana ada lima perkara utama yang TIDAK boleh dilakukan oleh kerajaan tak-rasmi.

Semua warga Malaysia yang prihatin perlu menjadi pemerhati bagi memastikan kerajaan tak-rasmi Najib Razak tidak menyalahgunakan kuasa atau mencabul undang-undang semata-mata mahu memenangkan Barisan Nasional dalam kempen PRU13.

Lima perkara sepanjang tempoh kerajaan tak-rasmi itu adalah:

  • Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membuat sebarang keputusan dasar kecuali dalam hal-hal yang amat penting serta perlu berbincang dengan pembangkang;
  • Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membuat perlantikan pegawai tinggi kecuali untuk jangka pendek sahaja;
  • Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membuat atau mengadakan sebarang kontrak atau tender projek besar;
  • Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh mengadakan rundingan antarabangsa atau membuat lawatan rasmi ke luar negara; dan
  • Kerajaan tak-rasmi TIDAK boleh membenarkan perkhidmatan awam terlibat dalam aktiviti pilihanraya kerana ia perlu bersikap neutral dan hanya menjadi penasihat kepada kerajaan, dan bukannya parti politik.

Berpuluh tahun lamanya BN melanggar prinsip-prinsip ini kerana ia menguasai segala alat-alat negara. Keadaan sudah berubah. Rakyat sudah mula berani berfikir, berani bertindak demi kebenaran dan hak.

Dahulu tak tapi sekarang sudah ada. Kini ada internet, WIFI, facebook dengan pelbagai aplikasi, sama ada melalui computer peribadi, telefon bimbit, ipad atau ipod dan pelbagai lagi. Semakin sukar untuk mereka yang berkuasa menyembunyikan kebenaran daripada rakyat.

Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/03/apa-yang-kerajaan-tak-rasmi-caretaker.html


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Thursday, March 7, 2013

PMUKM pupuk semangat Intelektual Mahasiswa/i UKM.



Rabu, 6 Mac 2013 : PMUKM telah menganjurkan satu forum Sembang PRU 1.0 bertajuk “PRU-13: “Real Politik”, Apa Kata Anda?” dengan menampilkan wakil-wakil dari GMUKM, ASPIRASI dan PERSEPSI bagi menyatakan pandangan Mahasiswa mengenai isu Politik negara sekarang.

GMUKM memuji dan menyokong penuh usaha Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) ini dalam membudayakan Politik Intelek di kalangan Mahasiswa/i UKM. Melihat kepada kehadiran penuh mahasiswa/i UKM dalam forum itu membuktikan forum yang berbentuk Intelektual sebegini sebenarnya sangat dinantikan mahasiswa/i UKM.



Mahasiswa perlu menjadi contoh sebagai golongan yang berintelektual dan matang dalam merencanakan politik negara. Mereka bukan kelompok yang boleh di kongkong sesuka hati kerana mereka bijak menilai sesuatu dan menegur sekiranya ada kepincangan tanpa pengaruh mana-mana pihak. Maka, forum-forum seperti ini dilihat dapat memberi banyak kebaikan serta memupuk semangat Intelektual Mahasiswa itu sendiri.

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dalam pada itu mengucapkan syabas dan tahniah kepada Biro Pembangunan Mahasiswa PMUKM yang dipengerusikan saudara Azrai bin Ahmad Zamri serta kepimpinan Ahmad Shukran bin Shaharudin yang berjaya mengenengahkan agenda keilmuan dan keintelektualan sebagaimana yang diperjuangkan GMUKM dari awal tahun penubuhannya.


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !