Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, June 25, 2013

Edaran "Face Mask" GMUKM

Hampir seminggu masalah Jerebu berlarutan di Negara kita. Turut tidak terkecuali merasai bahangnya ialah mahasiswa/i serta warga UKM sendiri. Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelakkan daripada mengalami risiko buruk akibat Jerebu terutama di musim peperiksaan akhir ini.
Oleh itu, Gabungan Mahasiswa GMUKM dengan inisiatif bersama persatuan induk Mahasiswa PMUKM telah melancarkan edaran “Face Mask” percuma kepada seluruh warga UKM ekoran keadaan jerebu yang semakin teruk. Edaran ini dilakukan di beberapa kolej, PTSL, dan sekitar UKM.
Kempen edaran “Face Mask” tersebut adalah sebagai langkah keselamatan selepas berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) beberapa tempat di Selangor diberitakan berada pada paras tidak sihat.
GMUKM turut mengingatkan kepada seluruh mahasiswa agar menghadkan aktiviti luar bilik dan lebihkan minum air bagi mengelak risiko akibat pendedahan secara berterusan kepada jerebu. Pastikan sentiasa memakai topeng muka ketika berada di luar atau tempat terbuka.
Pada masa yang sama, MPP GMUKM serta selaku Presiden PMUKM menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Pusat Kesihatan UKM bagi memastikan kesihatan dan kebajikan mahasiswa/i UKM diutamakan pada musim peperiksaan ini. Kebajikan para pelajar terus diberi keutamaan oleh MPP GMUKM selaku peneraju PMUKM pada sesi kali.







Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Tuesday, May 14, 2013

Iktibar Peristiwa 13 Mei 1969

Tepat tarikh 13 Mei 2013 semalam genaplah 44 tahun tragedi hitam yang telah berlaku kepada negara sehingga dinamakan dengan "Peristiwa 13 Mei". Peristiwa yang tercatat dalam sejarah yang dikenang dan diingati sehingga kini.

Peristiwa pertembungan antara kaum Melayu dan Cina yang begitu dahsyat pada 13 Mei 1969 di Tanah Air. Suatu peristiwa yang mengakibatkan pertumpahan darah dan mengorbankan ratusan nyawa. Semuanya bermula akibat kecelaruan politik dan tiupan api perkauman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Amat menyedihkan bagi sebuah negara yang berbilang kaum atas apa yang berlaku ini.

Bersempena memperingati Peristiwa 13 Mei ini, GMUKM mengajak semua mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia supaya menginsafi dan dan mengambil iktibar daripada tragedi hitam ini. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersatu-padu hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Hentikan segera memainkan isu perkauman yang menggugat keamanan negara. Perbezaan fahaman politik bukan menjadi penghalang kepada penyatuan antara kaum. Berpolitiklah secara matang tanpa mencetuskan isu perkauman yang membangkitkan rasa tidak puas hati dan dendam kesuma antara kaum. Demokrasi menolak sebarang politik yang bersifat kotor, fitnah, lucah dan perkauman sebaliknya menekankan politik yang bersih dan adil. Di samping itu menjaga nilai-nilai dan prinsip-prinsip menghormati Perlembangan Negara.

Malaysia pada hari ini sudah mencapai 56 tahun kemerdekaan dan sedang bergerak menuju kepada sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh itu, usaha-usaha ke arah penyatuan bangsa dan kaum mesti diperkukuhkan oleh pihak Kerajaan, parti-parti politik serta NGO. Jangan sesekali mengulangi peristiwa hitam ini kepada generasi pada hari ini dan generasi akan datang. Biarkanlah tragedi-tragedi hitam tersebut berlalu dan terbuku dalam lipatan sejarah.

Sekali lagi, GMUKM mewakili suara mahasiswa mengharapkan agar perpaduan antara kaum di Malaysia dapat dibina dan dipertingkatkan bagi melahirkan sebuah negara bangsa yang makmur lagi dihormati.

"SAY NO TO RACISM"

Pengerusi GMUKM 2012/2013


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !