Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, February 27, 2013

MEP Fix Deposit Aspirasi

Aspirasi Tidak Sedar Diri.

Ya, begitulah istilah yang dapat kita berikan kepada Aspirasi a.k.a UMNO Kampus atas beberapa tindakan mereka untuk kembali diterima oleh warga kampus.


Bermula dengan isu penukaran nama PMUKM kepada MPPUKM, sehingga kepada peristiwa penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) baru-baru ini. Jika bukan kerana Aspirasi Anak Emas UMNO Kampus, mereka pasti tidak ada sebab untuk diundang bergambar bersama di hadapan. ‘Masuk bakul angkat sendiri’, ibarat mengaku mereka satu-satunya kepimpinan pelajar yang diiktiraf oleh warga kampus.

Siapakah Kelab Aspirasi jika hendak dibandingkan dengan YDP Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF)??? sedangkan baucer buku akhirnya tetap diedar melalui saluran fakulti, sepatutnya YDP PMF perlu mendapat pengormatan dan pengiktirafan yang besar berbanding Kelab Aspirasi. Tiba-Tiba sahaja Kelab Aspirasi menjadi pilihan Pihak Pentadbiran.

Tuesday, February 26, 2013

SPA: Graduan Kelas Pertama Diberi Keutamaan

BAGAN DATOH - Graduan yang memperoleh ijazah kelas pertama dari pusat pengajian tinggi luar negara diberi keutamaan untuk berkhidmat dalam sektor awam di negara ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya khidmatan Awam (SPA), Datuk R. Segarajah.

Beliau berkata, lulusan cemerlang tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau kerajaan negeri juga diberi keutamaan untuk bekerja dalam sektor awam.

"Mereka (lulusan) akan melalui temuduga untuk membolehkan mereka membuat pilihan atau dilantik terus ke dalam perkhidmatan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Interaksi SPA bersama ketua jabatan persekutuan, badan-badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO) daerah Hilir Perak di sini hari ini.

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !