Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, August 15, 2011

Erti Hidup Pada Memberi : Edaran Kurma Sempena Ramadhan



“Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Sesiapa yang bersikap pemaaf Allah akan menambahkan kemuliaan baginya. Dan sesiapa yang bersikap tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya.” (Sahih Muslim)

Saban tahun kita sering diingatkan dengan pelbagai hukum hakam mengenai puasa. Bermula dari niat puasa, sehinggalah bacaan doa buka puasa. Namun jarang sekali kita dididik untuk menjadi seorang yang dermawan di bulan Ramadhan.

Keberkatan Ramadhan
Hadis di atas mengingatkan kepada kita akan kepentingan kita memberi dan bersedekah. Apalah sangat dengan menjamu sehidang dua makanan kesukaan kita kepada jiran tetangga. Bukan sahaja menambah rezeki, malah turut menjalinkan hubungan silaturahim antara jiran.

Mana yang tidak pernah bercakap, sudah boleh berborak panjang. Mana yang tak pernah nampak langsung kelibat, sudah dapat bertepuk tampar dek akrab.

Itulah berkat Ramadhan.

Menjadi seorang dermawan di bulan Ramadhan menjadi titik-tolak dalam kehidpan kita untuk menjadi seorang yang ‘merasa cukup’ di atas setiap rezeki yang Allah kurniakan.

"Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." (Sahih Bukhari)

Aktiviti MPM-GM
Bersempena Ramadhan Al-Mubarak 1432 H ini, MPM FPer 1/2, Kamarul Hatem bin Mohammad, telah turun padang bersama-sama dengan siswa/i Fakulti Perubatan mengedarkan kurma di Dewan Kuliah 1, sekitar jam 2 petang sementara menanti kuliah seterusnya.


Bungkusan edaran kurma bersama dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan oleh MPM Kamarul Hatem


Warga Cina turut mendapat kurma dari MPM Kamarul Hatem

Wajah-wajah ceria mahasiswa/i perubatan menerima kurma

Untuk makluman ketika ini hanya pelajar Perubatan Tahun 2 yang masih setia di KTSN. Pelajar-pelajar di fakulti lain kebanyakannya masih lagi di rumah menyambut Ramadhan bersama keluarga sebelum mereka menjejakkan kaki ke kolej semula pada 12 September 2011.

Penutup
Memberi makanan untuk orang yang berpuasa mendapat ganjaran besar dari Allah. Besar ganjarannya sehinggakan Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (Hadith riwayat Imam Tirmidzi)

Pesanan buat semua, panjang-panjangkanlah tangan untuk menghulur sedikit sumbangan kepada susah. Kalau tiada masa, cukuplah dengan melakukan transaksi ‘online’ kemana-mana pertubuhan kebajikan yang ada. Dengan wang ringgit itulah, tiga orang atau sepuluh orang miskin dapat mengisi perut ketika berbuka.

Sekadar renungan, miskinkah kita dengan menghulur sepuluh atau lima puluh ringgit?

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !