Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, August 21, 2011

Respon Penyelarasan Harga Kolej : Usah Menangguk Di Air Keruh



Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) telah mengikuti perkembangan berkenaan isu harga kolej kediaman di UKM dengan penuh teliti. Kronologi isu ini mula timbul apabila beberapa orang mahasiswa memberikan komen bahawa jumlah bayaran penginapan kolej yang tertera dalam akaun mereka menunjukkan nilai yang lebih tinggi berbanding harga sebelum ini.

Keadaan bertambah sulit apabila terdapat beberapa buah pihak telah mengambil kesempatan untuk menyalahkan barisan Exco PMUKM yang mewakili GMUKM secara melulu kerana didakwa tidak memperjuangkan kebajikan mahasiswa sebagaimana yang dijanjikan dalam pilihanraya kampus yang lalu. Ironinya tindakan tidak bertanggungjawab oleh juak-juak politik kotor ini sekadar mampu melemparkan tuduhan liar tanpa melihat fakta dan perkara asas berkenaan isu penyelarasan kolej kediaman ini.
GMUKM dalam pada itu memuji langkah Exco Persatuan Mahasiswa yang mewakili GMUKM yang tidak melatah sebaliknya telah mengambil langkah proaktif dan diplomasi dengan mengadakan siri-siri perbincangan untuk mendapatkan maklumat yang sebenar dalam meleraikan kekeliruan isu ini sambil jelas menyatakan pendirian tentang isu ini berbanding wakil-wakil Aspirasi yang hanya pandai 'lontar batu, sembunyi tangan' dalam isu ini.

GMUKM berpendapat mahasiswa perlu melihat isu ini adalah salah satu bukti betapa perlunya kepimpinan PMUKM dilibatkan dalam siri-siri perbincangan di peringkat pentadbiran Universiti khususnya yang berkaitan kebajikan mahasiswa. Isu-isu massa mahasiswa seperti harga makanan di kafe-kafe, kemudahan-kemudahan asas seperti capaian jaringan internet, bekalan air dan elektrik di sekitar Universiti dan juga termasuk di kolej-kolej kediaman perlu ditangani dan didengari daripada wakil mahasiswa itu sendiri; bertepatan dengan fungsi dan peranan MPP yang digariskan di dalam Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 Bahagian VI Peruntukan Am, Perkara 48

(10) Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:
(a) memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Universiti;
(b) tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan  pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman;
(c) membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;
(d) diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu Kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti; dan
(e) menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.


Justeru itu sebagaimana peruntukan di dalam AUKU tersebut, PMUKM sebagai persatuan induk yang menaungi seluruh mahasiswa UKM mempunyai pandangan yang sangat jelas dan kritis untuk membela dan memperjuangkan kebajikan dan hak mahasiswa UKM.

Dalam pada itu GMUKM menyeru kepada semua JAKSA, PMF dan persatuan-persatuan mahasiswa di UKM di segenap kampus agar bersama-sama dengan PMUKM dalam memperjuangkan isu ini secara kolektif.Sudah tiba masanya mahasiswa bertindak matang dan bijak menilai pihak mana yang komited dan konsisten berkhidmat dan pihak mana yang hanya gemar mengambil 'menangguk di air keruh.'

GMUKM juga menyeru semua mahasiswa agar sentiasa merujuk secara terus kepada pihak PMUKM yang diterajui oleh Lt.Muda Ahmad Muzzammil Muhd Hairi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat. Teruskan melayari blog PMUKM, facebook PMUKM dan Youtube.


Bersama Mahasiswa Realisasi Varsiti

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !