Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, July 10, 2011

Pilihanraya Dari Pandang Sisi Islam


Politik atau siyasah di dalam tafsiran Islam itu bermakna adalah mengurusi urusan masyarakat. Rasulullah SAW. bersabda : Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis Riwayat Thabrani)

Di dalam konsep politik dari pandang sisi Islam, turut mendefinisikan beberapa perkara dan konsep penting. Antaranya
  • Baiah - perjanjian untuk memberi ketaatan
  • Khalifah - wakil iaitu pemimpin umat Islam setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat
  • Khilafah - kepemimpinan, imamah, biasa juga disebut kekhalifahan. Ia merupakan satu bentuk pemerintahan Islam
  • Daulah Islamiyah
  • Al-Liwa’ & Ar-Rayah
  • Pilihanraya
  • Zimmi

Pada asasnya, pilihan raya difahami sebagai proses pemilihan pimpinan - yang membentuk sebuah pemerintahan, daerah mahupun negara. Namun secara nisbinya, pilihan raya merupakan satu mekanisme kepada peraihan kekuasaan dari rakyat di dalam mana-mana negara yang menjalankan prinsip demokrasi (kebebasan).

Tidak menjadi kesalahan kepada orang Islam untuk menyertai pilihan raya selama mana mereka hanya menghadkan aktiviti kepada melakukan amar makruf nahi mungkar, berdakwah, memeriksa dan mengkritik dasar kerajaan kerana perkara ini adalah sesuai dengan tuntutan syara'. Namun perlu dipastikan bahawa dia tidak terlibat dengan pengiktirafan undang-undang manusialah yang tertinggi dan tidak terlibat dalam penggubalan undang-undang, ini kerana Allah SWT berfirman
"..Sebenarnya (yang menentukan) hukum hanyalah bagi Allah.."

Adapun aktiviti perundangan itu sebenarnya juga tertakluk kepada tegahan Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud;
"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: 'Ini halal dan ini haram', untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya."

Begitu juga dengan kalam Allah SWT yang lain, yang dapat ditemukan di dalam kitab Al-Quran, kitab yang diimani tanpa sedikitpun keraguan terhadap isi kandungannya. Maka dari sini jelas bahawa segala bentuk penggubalan undang-undang mahupun peraturan hidup yang bukan berasal dari Allah SWT (dengan kata lain, wahyu) adalah tertolak.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !