Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, July 3, 2011

Majlis Pelancaran Sekretariat Pesta Konvokesyen

Sumber : MPM Muslimah

Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM ke-39 baru sahaja melangsungkan Majlis Pelancaran Logo, laman web dan penyampaian watikahnya bermula hampir jam 10 pagi tadi. Majlis ini diadakan di bawah anjuran Sekretariat Perhubungan Awam Pesta Konvokesyen yang diketuai oleh Saudari Nurul Hidayah. Alhamdulillah majlis yang dirasmikan oleh TNC HEPA, Prof Ir. Dr. Othman A.Karim berjalan dengan lancar. Turut hadir yang VIP yang turun padang, yang dapat meluangkan masa bersama-sama ke majlis tersebut ialah En.Musa, beberapa orang penasihat Pesta, barisan kepimpinan PMUKM dan Sidang Redaksi UKM.
Barisan Kepimpinan Sekretariat Pesta Konvokesyen ke-39


Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku  dan Varsiti Kita. Kemudiannya majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Pengurus Tadbir Pesta, iaitu Ahmad Shukran Shaharuddin. Logo Pesta kali ini yang ceria bukan hanya menarik untuk dipandang, tetapi mempunyai seribu makna tersurat dan tersirat. Saudara Mohd Faizal, sebagai Pengarah Eksekutif sempat menyatakan maksud logo didalam ucapannya pagi tadi. Pesta Konvokesyen kali ini yang bertemakan "Apresiasi Melestari Kecemerlangan", ahli Sekretariat Pesta Konvokesyen benar-benar optimis dan akan berkerja keras untuk merealisasikan visi dan misi Pesta Konvokesyen selari dengan temanya dan selaras dengan pembawakan PMUKM pada kali ini.

Logo Pesta Konvokesyen UKM ke-39
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan Perasmi iaitu Timbalan Naib Canselor (HEPA) UKM dan gimik perasmian. Gimik perasmian yang berlangsung tadi sangat menarik hati semua hadirin. Bermula dengan persembahan silat, kemudiannya penyerahan keris kepada perasmi. Kemudiannya perasmi mendapatkan pedang untuk memotong kek Pesta Konvo. Kek seberat 5kg telah dipotong bersama-sama dengan VIP yang hadir menandakan Pesta Konvokesyen kali ke-39 telah rasminya dilancarkan.

Majlis berakhir hampir jam 12 tengahari selepas jamuan makan tengahari. Jutaan tahniah diucapkan kepada penganjur dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang turut hadir memeriahkan lagi majlis tadi. Moga-moga segala gerak kerja dan program-program yang bakal diadakan akan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah hendaknya.

Untuk pengetahuan semua, esok (3 Julai) akan diadakan Mass Marketting disekitar Bandar Baru Bangi. Semua ahli sekretariat Pesta Konvo akan turun sekitar Bangi untuk mengumpul barang-barang terpakai seperti kertas, kaca, botol dan alat-alat elektrik yang telah rosak. Jadi diharapkan semua yang membaca dan mengikuti perkembangan Sekretariat Pesta Konvokesyen dapat sama-sama membantu menjayakan dan mewar-warkan berita ini  kepada orang ramai.
Pengarah Eksekutif, Sdra. Mohd Faizal
VIP jemputan
Ucapan Pengarah Eksekutif
Ucapan Perasmi, TNC HEPA
Upacara Gimik; Silat
Upacara Gimik; Pencarian Pedang
Upacara Gimik; Potong Kek
*Sumber gambar: FB Mohd Shafiq. Credit to Sidang Redaksi.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !