KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Keputusan kemasukan ke Institut
Pengajian Tinggi Awam bagi program lepasan Sijil Tinggi Persekolahan,
matrikulasi dan asasi untuk calon yang tidak ditawarkan dalam pemilihan
awal, boleh diketahui esok mulai 12 tengah hari.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa
berkata calon boleh mendapatkan maklumat itu melalui hotline 03-8870
6767, helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau laman web
http://upu.mohe.gov.my. http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my,
https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my.
Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip UPU RESULT (no kad
pengenalan) dan hantar ke 15888, katanya dalam kenyataan di sini Khamis.
Beliau berkata calon yang terpilih merupakan calon yang tidak mendapat
tawaran ke IPTA dalam pemilihan awal kerana tidak bersetuju ditawarkan
program pengajian luar pilihan, dan melibatkan mereka yang mendapat PNGK
2.8 ke atas.
"Proses pemilihan dilaksanakan mengikut pilihan calon atau rayuan, atau
pilihan bidang calon, atau mengikut program pengajian yang mempunyai
kekosongan dan bersesuaian dengan bidang pilihan calon," katanya.
Beliau berkata keputusan tawaran ini adalah muktamad dan calon tidak dibenar mengemukakan rayuan terhadap tawaran itu.
Calon yang berjaya akan mendaftar pada 1 dan 2 Sept, dan sebarang
pertanyaan boleh hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan
Pengajian Tinggi di talian 03-8870 6767 atau 03-8870 6777, katanya.
-- BERNAMA
GMUKM© "Budayakan keintelektualan, buktikan mahasiswa bukan budak sekolah"
Ber-GM Lebih Baik