Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, August 31, 2013

"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-56"

Tanggal 31 Ogos 2013 merupakan hari yang bersejarah bagi Tanah Air yang tercinta kerana pada hari ini, Malaysia menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-56. Sambutan ini diadakan sebagai memperingati detik yang penuh bermakna apabila Tanah Air mencapai dan memperolehi kemerdekaan daripada penjajah pada tanggal 31 Ogos 1957.
Kemerdekaan yang dicapai membolehkan pemimpin tempatan mengurus tadbir dan memerintah negara mengikut acuan sendiri tanpa perlu mengikut jari telunjuk penjajah lagi. Kebebasan ini merupakan satu anugerah yang berharga dan bernilai buat negara. Oleh itu, anugerah kemerdekaan yang dicapai oleh Tanah Air ini harus disyukuri dan dihayati dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
Penghayatan kemerdekaan tidak terhenti hanya dengan mengadakan majlis sambutan, mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan membangkitkan semangat Patriotisme dalam diri warganegara semata-mata. Bahkan penghayatan kemerdekaan yang sebenar-benarnya adalah pada pengisiannya. Rakyat perlu diberi kefahaman dan kesedaran akan erti serta nilai disebalik makna kemerdekaan.
Merdekanya negara dan rakyat bukan sekadar berjaya mengusir penjajah keluar daripada negara, tetapi yang teramat penting adalah mengeluarkan dan menghapuskan idealogi yang telah ditanam oleh penjajah dalam pemikiran rakyat. Apalah erti kemerdekaan yang dicapai jika pemikiran rakyat masih dijajah dan dibelenggu oleh Barat.
Oleh itu, marilah bersama-sama berusaha membebaskan diri daripada penjajahan pemikiran yang sudah lama berkubu. Semoga dengan bebasnya masyarakat daripada idealogi penjajah ini akan dapat melahirkan generasi yang berjaya membentuk negara bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Itulah harapan kita semua.
Pada ruang dan kesempatan yang ada, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-56" kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada warga Universiti Kebangsaan Malaysia. Merdeka, Merdeka, Merdeka.
"Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpah Darahku"

GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM)
2013/2014

Wednesday, August 28, 2013

MMP : Penafian keterlibatan PMUKM ?

Tindakan pentadbiran UKM menafikan hak PMUKM untuk terlibat dalam minggu mesra pelajar (MMP), menimbulkan pelbagai spekulasi. Antara persoalan mudah yang timbul, PMUKM adalah badan induk persatuan pelajar, malahan mereka diatur untuk menjadi wakil pelajar adalah hasil undian para pelajar sendiri. Sepatutnya mereka lah lebih berhak untuk menyambut kehadiran adik-adik baru pelajar tahun satu. Namun, sejak PMUKM diterajui oleh GMUKM setahun yang lalu, pelbagai tindakan tidak matang  pentadbiran jelas kelihatan, bermula penukaran nama PMUKM kepada nama MPP UKM, sehinggalah penafian PMUKM kali ini untuk terlibat dalam MMP.

Bukanlah PMUKM memohon untuk mengendalikan minggu mesra pelajar, cukuplah diberi ruang untuk sambut adik-adik tahun satu dihari pendaftaran, dan diberikan sedikit ruang "slot PMUKM bersama pelajar tahun satu" memandangkan mereka semua adalah ahli automatik Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia sepertimana termaktub dalam buku panduan pelajar tahun satu .

Permohonan untuk menyertai slot PMUKM di fakulti dalam minggu mesra pelajar telahpun diluluskan pada asalnya. Namun, kelulusan tersebut ditarik balik tanpa ada alasan yang logik dan kukuh. GMUKM memandang serius dengan keadaan yang dihadapi pihak PMUKM sekarang ini.

Disamping GMUKM tidak menafikan alasan tidak munasabah pentadbiran, adanya pelajar senior di UKM sedikit menggangu perjalanan MMP, akan tetapi adanya sedikit ruang PMUKM bersama pelajar tahun satu sama sekali tidak menggangu perjalanan MMP malahan membantu pentadbiran menerangkan fungsi PMUKM selaku badan induk persatuan pelajar di UKM .

GMUKM memohon penjelasan pentadbiran UKM, atas tindakan penafian PMUKM bersama pelajar tahun satu semasa MMP beserta mendesak pentadbiran UKM memberikan kembali hak PMUKM untuk bersama dengan pelajar baru tahun satu.  

Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Wednesday, August 14, 2013

" Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)– Respon GMUKM ”


Sehingga ke hari ini, kritikan dan bantahan telah ditujukan kepada Kerajaan oleh pelbagai pihak mengenai isu yang hangat diperkatakan iaitu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau dalam Bahasa Inggeris sebagai "Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)".  Sebagaimana yang diketahui umum, menurut Prof. Datuk Dr. Agus (Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia) TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam.  Tambahan beliau lagi, TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Perjanjiaan ini dijadualkan akan ditandatangani pada Oktober nanti.  Pelbagai pihak termasuk rakyat telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan tidak bersetuju dengan perjanjian ini.  Bagi Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GM-UKM), kami juga turut membantah tindakan Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang tetap mahu meneruskan perjanjian ini.  Perjanjian ini cukup mencurigakan dan meresahkan rakyat.  Mana tidaknya, semua perbincangan dalam TPPA ini dibuat secara rahsia di mana semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai.  Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, persoalan dan teka teki.  Sebuah perjanjian yang begitu aneh dan pelik dalam dunia yang terbuka luas tanpa sempadan ini.

Apabila pertanyaan dilemparkan kepada Kerajaan mengenai bahaya perjanjiaan ini, pihak Kerajaan seolah-olah menafikannya dan jawapan yang diberikan tidak lain tidak bukan hanya menjurus kepada kebaikan perjanjian ini.  Sedangkan tidak pula dinyatakan bahaya dan keburukannya.  Ini seperti jawapan untuk menutup mata rakyat dan menenangkan hati rakyat.  Kerajaan menyatakan TPPA ini baik untuk negara kerana ia memudahkan barangan tempatan untuk memasuki pasaran luar.  Selain itu, negara akan mendapat manfaat daripada TPPA ini kerana pasaran Malaysia akan lebih besar menjangkau ke 793 juta orang di 60 negara Pasifik.  Untuk menyakinkan lagi rakyat, kerajaan menyatakan bahawa tidak akan berkompromi sekirannya perjanjiaan ini menggugat kedaulatan negara.  Jika benar jaminan tersebut, kerajaan perlu mendedahkan isi perbincangan perjanjiaan tersebut kepada rakyat secara terbuka.

Walaubagaimanapun, GMUKM menyifatkan perjanjian ini lebih membawa kesan yang buruk kepada negara berbanding dengan kebaikan sebagaimana yang dinyatakan oleh Kerajaan.  Memetik komentar Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau memberi amaran bahawa TPPA ini adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan perjanjiaan ini sebagai “Perkongsian yang tidak sama rata”.  Selain daripada beliau, ramai lagi pakar-pakar ekonomi yang mengkritik perjanjiaan ini.  GMUKM ingin mengajak semua mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia menilai beberapa kesan negatif yang diketengahkan oleh Prof. Datuk Dr. Agus sekiranya perjanjian ini ditandatangani. Berikut antara kesannya :

1) Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi.

2) Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat sendiri. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.

3) Kerajaan Malaysia boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

4) Petani tempatan terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari Amerika Syarikat yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

5) TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang serta pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan tempatan berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini.

6) TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Berdasarkan kesan-kesan negatif yang dikemukan ini, jelas lagi terang bahawa perjanjiaan ini mendedahkan negara kepada risiko dan ancaman yang besar.  Ia bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara, tetapi juga dapat bakal menggugat keselamatan negara.  GMUKM menyifatkan perjanjian ini sebagai perjanjian yang merugikan negara sekaligus membebankan rakyat.  Rakyat yang kini sudah terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi akan menanggung beban berlipat kali ganda lagi.  Jika dilihat pada hari ini pun rakyat sudah dibebankan dengan kenaikan harga barangan dan keperluan hidup, tidak dapat dibayangkan bagaimana akan berlaku jika perjanjiaan ini diteruskan.  Sudah pasti rakyat akan jadi menjadi mangsa bebanan dan papa kedana yang tersempit di Tanah Air sendiri.  Yang lebih merisaukan, masa depan generasi pewaris akan berada dalam kegelapan dan penindasan.


Justeru itu, GMUKM menggesa Kerajaan menilai kembali kesan dan risiko perjanjian ini dengan mengambil kira pandangan, kritikan dan luahan semua pihak termasuk rakyat.   Keputusan yang diputuskan mestilah satu keputusan yang terbaik tanpa menggadaikan kepentingan negara dan rakyat.  Jika perjanjian ini dilihat mendatangkan kesan yang buruk mengatasi manfaatnya, maka pihak Kerajaan wajib segera menghentikan perjanjian ini. Sebagai mewakili suara mahasiswa dan anak muda juga, GMUKM mendesak Kerajaan Malaysia segera menarik diri daripada perjanjian tersebut demi kebaikan rakyat dan negara.  GMUKM menyeru kepada seluruh mahasiswa, anak muda dan rakyat Malaysia sepakat sebulat suara menyatakan bantahan dan tidak bersetuju terhadap perjanjian ini.  Ingatlah, Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, kita semua tidak sekali-kali akan menggadaikannya dan membiarkan negara dicabuli.


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri Dari GMUKM

Ikhlas Daripada MPP Gabungan Mahasiswa UKM
GMUKM mewakili seluruh MPPGMUKM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. GMUKM juga dengan rendah hati memohon kemaafaan dari seluruh sahabat-sahabat mahasiswa dan seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia yang dicintai ini atas segala kesilapan dan kekurangan kami disepanjang tahun sebelum ini. Moga-moga dengan kemaafan diberikan kita dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan atas nama kesejahteraan, keadilan, kebersamaan dan keeratan persaudaraan.

Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang Kekurangan.

Cincin disarung hati berdebar,
Jiranan lembut wajah terhias,
Ramadan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah.

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1434H
Minal Aidin Wal Faidzin
"Taqabalallahu minnaa wa minkum."


Lead The Changes! Ber-GM Lebih Baik!

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !