Pengerusi
Angkatan Siswi Dinamis (Aksis UKM), Nur Aqilah binti Baharin menyelar tindakan salah
seorang ahli panel yang dikenali sebagai Pn. Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah
Miskin, Presiden Suara Wanita 1 Malaysia(SW1M) semasa forum yang dianjurkan
oleh Universiti Utara Malaysia kerana merasakan perbuatan mencantas ucapan
wakil mahasiswa UUM iaitu saudari Bawani merupakan satu tindakan yang tidak
beradab dan telah memalukan siswi tersebut dihadapan mahasiswa lain. Hal
tersebut jelas menunjukkan kepada mahasiswa secara tidak langsung telah
dinafikan hak untuk bersuara dan sepatutnya pengerusi majlis membenarkannya
menghabiskan hujahnya bukan berterusan memalukan siswi terbabit. Secara tidak
langsung Presiden SW1M mencacatkan maksud demokrasi dengan bertindak secara
tidak profesional memberhentikan ruang bicara siswi tersebut. Hak demokrasi
tercalar!
Forum
tersebut ialah Forum Suara Mahasiswa yang menampilkan beberapa orang ahli panel
dan telah melibatkan mahasiswa mahasiswi UUM dengan membincangkan tajuk “Seiringkah
Mahasiswa Dengan Politik”. Bagaimanapun, forum tersebut bukan membuatkan
mahasiswa berfikir tetapi sebaliknya telah mendoktrin mahasiswa untuk menanam
kebencian kepada pihak-pihak tertentu tanpa mendengar sendiri pendapat daripada
mahasiswa. Memetik kata-kata Presiden SW1M, “
Number one, when this is our programme, we allowed you to speak. Number two,
when I speak, you listen. Let me speak. Let me speak.” Jika pihak penganjur
mengimpikan sebuah program yang enggan mendengar atau menerima pakai pandangan
orang lain, silakan buat program di dalam hutan.
