SEMALAM di dada-dada akhbar jelas
memaparkan gambar Majlis Perwakilan Pelajar daripada Aspirasi merangkap UMNO
Kampus.
Seperti pepatah melayu, sudah
terang lagikan bersuluh, Saudara Saiful Syahir MPP UMNO Kampus FSSK/2 menjadi
wakil Biro IPT Parti Barisan Nasional.
Gabungan Mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia (GMUKM) merakamkan jutaan penghargaan atas perlantikan
tersebut. Sekurang-kurangnya rakan-rakan mahasiswa UKM tahu dengan siapa mereka
akan berhubung untuk sebarang aktiviti politik luar yang mungkin mencemarkan
nama UKM.
Pindaan Akta Universiti &
Kolej Universiti (AUKU) membenarkan mahasiswa terlibat secara langsung
dengan parti politik, malah mahasiswa bebas menggalas tanggungjawab jika diberi
jawatan dalam sesebuah parti politik.


