Bangi 26 Jan 11.30 pm|Tindakan beberapa orang Aspirasi daripada Kolej Borhanuddin Hilmi dikatakan tidak rasional dan menyalahi hak kebebasan manusia petang tadi.
Hal ini dikatakan berlaku apabila para penyokong pro-Aspirasi mengekori Nurhafizah Zakaria dan Nur Atika Omar mahasiswi tahun 4 Fakulti Pendidikan yang ingin ke bilik kawan mereka bagi mengadakan perbincangan.
"Kami sangat pelik apabila diekori dan ditengking oleh beberapa orang pelajar perempuan ketika kami ingin menuju ke blok kolej. Bag kami juga ingin dirampas oleh mereka" Kata Nurhafizah kepada wartawan GMUKM.
Perkara yang paling memalukan terjadi apabila seorang pelajar lelaki turut memasuki blok perempuan semata-mata ingin menghalau pelajar FPEND ini.
"Ini adalah satu tindakan yang benar-benar mencabuli hak mahasiswi. Mereka tiada kuasa untuk mengejar orang sesuka hati. Masuk kedalam blok semata-mata ingin menghalau kami. Saya rasa sangat terkilan dengan pihak Aspirasi KBH. Kalau beginilah tindakan mereka, saya jamin PRK kali ini mereka akan kalah teruk". Tambah Nurhafizah lagi.
Tindakan yang tidak rasional Aspirasi dalam pilihanraya kali ini jelas membuktikan ketidakmatangan mereka seolah-oleh takut pada bayang-bayang sendiri, yang mana mereka akan dalam Pilihan Raya Kampus pada kali ini.
"Saya sangat kecewa dengan tindakan Aspirasi. Sepatutnya mereka boleh berfikir dengan lebih waras dan mengamalkan politik nilai berbanding politik kotor sebegini". Respon yang diberikan Saudara Khairul Anuar bin Mat Lazim calon nombor 1 bagi kerusi tahun 3 dan 4 Fakulti Pendidikan ketika dihubungi wartawan GMUKM.
Wartawan GMUKM juga mendapati bahawa pihak JAKSA dan Aspirasi Kolej di semua kolej kediaman UKM telah berkawal ketat untuk mengelakkan calon dan penyokong GMUKM berkempen di kolej.
Tindakan yang dilakukan oleh pihak Aspirasi ini dipercayai atas suruhan pihak pentadbiran yang turut sama mencatur mahasiswa.
Pihak GMUKM menyeru supaya semua penyokong pro-Aspirasi sedar dengan permainan pentadbiran dan berhenti daripada menjadi seperti lembu dicucuk hidung. Sebagai mahasiswa, kita perlu mampu untuk membuat keputusan dan tindakan sendiri tanpa perlu dicatur dan diarah.
[Kafeteria Pusanika 暂时关闭通知]
7 years ago
0 comments:
Post a Comment