BANGI, 28 Jan: Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini didakwa menjalankan kempen untuk memenangkan calon-calon tajaan Universiti, walaupun waktu berkempen telah ditamatkan sejak 12 tengah malam tadi.
Pengerusi Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti, Afendy Abdul Rahim berkata, terdapat pondok panas didirikan di luar kawasan pembuangan undi; di beberapa kolej kediaman untuk melancarkan ‘kempen saat-sat akhir’, demi memenangkan calon Pro Aspirasi.
Bercakap dari pusat pengundian Kolej Kediaman Keris Mas, beliau berkata, taktik kempen saat-saat akhir tersebut bertentangan dengan peraturan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
“Sukarelawan kami (Pro-M) datang sendiri ke pondok panas ini dan mendapati SPKG (Sistem Penilaian Kopetansi Generik) sedang kempen saat-saat akhir dengan mengedarkan risalah kempen di mana terdapat hanya muka, nombor calon dan nama calon Aspirasi sahaja,” jelas Afendy ketika pagi tadi.
Beliau yang juga bekas anggota MPP wakil Fakulti Pendidikan berkata, Universiti melayan beliau secara tidak profesional apabila beberapa perkara tersebut dibangkitkan.
“Malah ada (risalah kempen) yang dilekat di pintu masuk Universiti, apabila tanya (kepada mereka yang terbabit), salah seorang felo menengking saya : Kau buat kerja kau dan biar aku buat kerja aku,” jelasnya.
Ujarnya lagi, mereka yang terbabit terus mengedarkan risalah kempen tersebut secara terbuka dan mencabar ProM untuk menghalang tindak-tanduk mereka yang salah itu.
Pengetua bagi Kolej Kediaman Keris Mas, Prof Madya Salahuddin Md Nor kemudiannya cuba dihubungi untuk mendapat maklum balas, namun gagal.
Disebabkan insiden tersebut, dilaporkan ProM sedang mendesak Universiti supaya melakukan injunksi serta-merta demi membendung penyalahgunaan kuasa di kalangan kakitangan akademik dan felo Universiti terbabit.
[Kafeteria Pusanika 暂时关闭通知]
7 years ago
0 comments:
Post a Comment