Bangi 3 jan 6.20 pm| Kepulangan calon GMUKM dari bengkel calon di Ayer Keroh disambut meriah oleh para penyokong yang mengimpikan kemenangan dalam pilihanraya kampus akan datang.
Dalam kemeriahan membuat ucapan dan laungan semangat untuk membangkitkan aura pilihanraya, kelihatan calon Aspirasi yang masih memikirkan nasib diri.
Hasil penyelidikan Unit Penyelidikan Pilihanraya GMUKM mendapati hampir separuh daripada calon tajaan HEP ini bertanding atas dasar kene paksa dan ugutan.
Seorang daripada calon sistem ini yang tidak mahu dikenali berkata ketika ditemuramah oleh wartawan GMUKM:
"kami kene paksa pergi ke bengkel calon. Jika langgar arahan, ada sesuatu yang buruk akan menimpa kami. Mahu atau tidak, kami terpaksa akur."
Inilah rancangan jahat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memperkotak katikkan hak dan kebebasan mahasiswa untuk kepentingan diri sendiri. Mereka menaja calon supaya semua aktiviti untuk mahasiswa disekat dan mereka boleh berselindung disebalik pengaruh yang ada.
"Kita kene memecahkan sistem. Berani melakukan perubahan. Jangan gentar dengan ancaman musuh. Kita bukan budak hingusan yang boleh dipijak-pijak sesuka hati. Kita ada hak. Kita perlu menuntut hak tersebut". Bicara lantang pengerusi Gabungan Mahasiswa Lantang Negara, Saudara Amar ketika bertemu wartawan GMUKM.
Salah seorang daripada calon GMUKM menyeru kepada calon-calon tajaan supaya menarik diri dari menyertai pilihanraya kali ini dan bersama-sama dengan GMUKM untuk mengembalikan hak mahasiswa.
"Janganlah kita menjadi seperti lembu yang kene cucuk hidung yang boleh disuruh tanpa ada hak untuk menentukan hala tuju kita sendiri. Jadilah mahasiswa yang mampu berdiri atas kaki sendiri dan bukan hanya menurut dan taat pada orang yang tidak ada kene mengena dengan mahasiswa"
Jangan biarkan diri anda disamakan dengan lembu kerana anda adalah istimewa. Bersatu Berubah!.
[Kafeteria Pusanika 暂时关闭通知]
7 years ago
0 comments:
Post a Comment