Bangi 27 Jan 1.00 pm| Proses berkempen selama 2 hari dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh penyokong dan pendokong GMUKM untuk memperkenalkan calon-calon mereka.
Peluang yang sama juga diambil oleh pihak Aspirasi terutamanya bagi Chinese Community Student Committee (CCC) apabila mereka menganjurkan debat antara pihak GMUKM dan Aspirasi terutamanya CCC berdekatan sudut pidato di Teres Eko Niaga Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) pada jam 10.30 pagi tadi.
Seramai 4 orang calon Aspirasi dan 2 orang calon GMUKM iaitu Woon King Chai calon nombor 2 kerusi tahun 2 FSSK dan Mohd Hariszuan Jaharudin, calon nombor 1 kerusi tahun 3 FSSK. Debat ini juga diwakili oleh calon yang bertanding atas tiket bebas.
Dalam debat kali ini, pihak CCC memperlihatkan rasa tidak hormati hadirin apabila bertutur dalam bahasa cina sehingga menyebabkan kebanyakan yang hadir tidak memahami debat yang ingin disampaikan.
Sikap perkauman yang menebal jugal jelas ditunjukkan apabila kebanyakan manifesto calon umum telah dicetak dalam bahasa Mandarin dan ditampal dimerata-rata tempat tanpa mendapat cop dan kelulusan dari pihak pentadbiran.
"Kami melihat ini sebagai satu sikap 'double standard' pentadbiran. Kalau betul mereka adalah golongan berkecuali, kenapa poster yang tidak bercop tidak dibuang dan dicabut oleh pihak keselamatan". Jelas saudara Affandi, pengerusi MAMPU.
Mengikut perkara 37 (5) buku peraturan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009, kempen hendaklah dijalankan hanya menggunakan menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.
Selain itu, calon tahun 2 Aspirasi Lim Yee Wen dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) hanya dibiarkan berkempen bersendirian tanpa ditemani oleh mana-mana pro-Aspirasi yang berbeza bangsa.
Beliau hanya bersusah payah sendirian dan mengikut calon-calon Gabungan Mahasiswa untuk meraih undi daripada mahasiswa dan mahasiswi FST.
Sikap begini telah menunjukkan ketidakfahaman mereka terhadap konsep 1 Malaysia yang mereka selalu agung-agungkan.
Ini juga menunjukkan seolah-olah dalam Aspirasi terdapat masalah perkauman yang teruk apabila CCC hanya ingin menjaga kepentingan bangsa Tiong Hua, manakali Aspirasi mengambil sikap lepas tangan terhadap calon CCC di FST.
[Kafeteria Pusanika 暂时关闭通知]
7 years ago
0 comments:
Post a Comment