Bangi, 4 Januari 09- Sebahagian besar mahasiswa yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong gabungan mahasiswa berhimpun di pintu pagar utama universiti, kemudian di Pusanika 6.00 petang semalam. Himpunan ini bertujuan untuk menyambut kepulangan hero Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang baru melalui Bengkel Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar anjuran HEPA di Melaka.
Menurut Saudara Affandi Abdul Rahman MPP Mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan, Gabungan Mahasiswa UKM sedia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Majlis Perwakilan Pelajar iaitu Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang kini masih lagi menjadi milik Aspirasi. GMUKM berhasrat untuk membawa universiti ke peringkat lebih baik dengan agenda Keilmuan dan Kebajikan. Maka, beliau berharap rakan-rakan mahasiswa dapat membuat pilihan terbaik iaitu dengan memberikan mandat kepada GMUKM.
Wartawan GMUKM sempat menemuramah salah seorang hero GMUKM iaitu Saudara Mohd Nazri Mohd Tahir yang merupakan Duta GMUKM Fakulti Pengajian Islam."Saya berasa sangat terharu melihat rakan-rakan menyambut kepulangan kami. Ia sedikit sebanyak dapat menguatkan semangat juang saya untuk terus memastikan kebajikan pelajar terbela," luahnya. Katanya lagi, banyak input yang dapat dikutip daripada bengkel terbabit.
166 orang peserta program itu, 1/3 daripadanya adalah hero dan heroin Mahasiswa daripada GMUKM. Walaupun kelompok GMUKM adalah minoriti, namun pejuang-pejuang mahasiswa yang dihantar adalah yang berkualiti.
[Kafeteria Pusanika 暂时关闭通知]
7 years ago
0 comments:
Post a Comment