Seusai sudah Majlis Penyampaian Watikah MPP pada minggu lalu (15 Mac 2011) maka secara rasminya terlantiklah ahli-ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM (MPM UKM) sesi 2010-2011 yang diketuai saudara Ahmad Muzzammil bin Muhd Hairi selaku Presiden MPM UKM sesi 2010-2011.
Cakap-cakap belakang kelihatan meragui kepimpinan saudara Muzzammil tetapi prestasi ahli-ahli MPM UKM ketika ini disifatkan lebih baik dan dan terkehadapan berbanding kepimpinan kabinet-kabinet terdahulu.
Ini diakui oleh beberapa mahasiswa khususnya dari kaum bukan Melayu. Ada di antara mereka menyifatkan barisan kabinet kepimpinan PMUKM kali ini lebih terbuka walaupun ada juga suara-suara sinis mengatakan kepimpinan yang dilantik ini adalah pro-Islamik.
Saudari Hui Fei dari Fakulti Ekonomi & Perniagaan berkata, " Setiap (kali) PRK akan (manifesto) menyebut untuk menjaga (kebajikan) orang Cina, dan kaum-kaum lain. Tetapi pada kali ini, Muzammil berjaya menjadikan ia sebagai realiti.

Kenyataan ini turut disokong oleh rakan beliau turut berada ketika pihak Editor GMUKM melakukan tinjauan. Lewis Tay, juga dari Fakulti Ekonomi & Perniagaan (FEP) berkata, apa yang jelas diharapkan daripada mereka kaum bukan Melayu adalah hak dan kebajikan mereka dijaga dengan saksama sebagaimana kebajikan kaum Melayu.
"Isu kaum bukan perkara utama kita di Universiti. Malah kami tidak nampak GM atau Aspirasi ; yang kami nampak siapa yang terkehadapan buat kerja.
" Iya, saya nampak MPP sekarang rajin buat kerja berbanding yang dulu. Harapnya Presiden dan anak-anak buahnya kali ini akan komited buat kerja; jangan jadi macam dulu, " tambah Lewis lagi.

" Saya tidak nampak sebarang masalah setelah GM naik (menang). Malah ada masanya masalah-masalah kami terutama hal akademik cepat mendapat respon daripada MPP kini berbanding yang dulu.
" Berkenaan peraturan yang 'nak diperketatkan itu, saya tidak percaya langsung ketika itu, walaupun ramai kawan-kawan saya sudah takut. Sebab saya yakin apa yang GM hendak bawa, tidak kena (maksudkan) kepada kami (bukan Islam). Jadi, apa hendak takut ? " sindir Choo di akhir perbincangan.
Gabungan Mahasiswa UKM dalam pada itu turut menyeru rakan-rakan agar terus tetap bersama GMUKM dalam melaksana dan merealisasi segala manifesto yang kita bawakan. Teruskan menghantar komen-komen di laman sosial Facebook GMUKM atau terus emel ke mppmahasiswa@gmail.com Tanpa sokongan dan dokongan kalian, segala yang dicadang dan hendak dilaksanakan akan menjadi sia-sia.
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti !
0 comments:
Post a Comment