Bangi, 29 Mac - Satu insiden kebakaran telah berlaku di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) pagi tadi. Sebuah jentera Bomba & Penyelamat telah dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat panggilan telefon.
Menurut saksi, kebakaran dipercayai bermula dengan letupan kecil dan diikuti kebakaran yang berlaku di dalam Bilik Siswazah Jabatan Media & Komunikasi (MENTION). Untuk makluman, bilik tersebut baru selesai mengalami pengubahsuaian bulan lalu.
Buat sementara waktu, bilik tersebut dan kawasan sekeliling ditutup buat sementara waktu untuk siasatan pihak Bomba & Penyelamat - Editor
0 comments:
Post a Comment