Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt
Sebelum diberi amanah sebagai MPP sehinggalah kami telah meletak jawatan sebagai MPP, isu mesin ATM merupakan suatu isu yang tidak pernah lekang dari bibir warga UKM KL. Dari pelajar hinggalah ke pensyarah dan kakitangan.
Isu ini juga menjadi satu isu rebutan di antara dua pihak. Oleh itu, kami, Mariah binti Zakaria, Nur Ili binti Tarmizi dan Nasiha binti Omar, MPP Mahasiswa UKM KL Sesi 2009/10, ingin sekali lagi menyuarakan serba sedikit kronologi.
Sebelum pergi lebih jauh tentang kronologi, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada En Fairuz Mohd Rafdzi, Penolong Pendaftar UKM KL, serta barisan pentadbiran UKM KL kerana atas usaha mereka, mesin ATM dapat dibina. Kami, ketika itu, sebagai sokongan belakang pihak pentadbiran dan bertanggunjawab dalam membawa suara siswa/I kepada pihak pentadbiran. Kami sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini tentang isu ini dan sentiasa mewarwarkan semula kepada pelajar.
Bermula ketika sesi 2008/09, mesin ATM Bank Islam di hadapan Kampus KL telah ditarik. Warga UKM KL mula menyuarakan kesukaran dalam mengeluarkan wang. MPP Mahasiswa UKM KL ketika itu, Muhammad Hafizul Amin juga telah membawa isu ini, namun tidak berjaya direalisasikan kerana baru di peringkat permulaan. Oleh itu, kami di sesi berikutnya, meneruskan lagi perjuangan mahasiswa/I ini.
Berikut merupakan kronologi usaha dalam mendapatkan mesin ATM
i) 24 Mei 2010, Isnin
En Fairuz Mohd Rafdzi, Penolong Pendaftar, Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur. Beliau telah menghantar surat kepada pihak Channel Strategi Bank Islam Berhad, Wisma Bank Islam di Bukit Damansara. Surat bertarikh 24 Mei itu juga dihantar salinan kepada kami MPP berlima UKM KL. Bersama surat itu juga disertakan tempat yang bersesuaian untuk meletakkan mesin ATM tersebut. Maklumat lanjut bolehlah layari http://ilimppfskb.blogspot.com/2010/07/perkembangan.html
ii) 5 Ogos 2010, Khamis
Pertemuan ke-3 kami bersama En Fairuz, isu ini telah kami suarakan. Berikut merupakan petikan laporan kami dari laman blog kami, iaitu http://mariahzakaria.blogspot.com/2010/08/pertemuan-pemangkin-persefahaman-3.html
Isu ATM Bank Islam juga tidak terlepas untuk kami suarakan memandangkan ini antara isu yang hangat dibicarakan. Menurut En Fairuz, Bank Islam telah bersetuju untuk memasang sebuah meisn ATM di bawah TIBE. Namun, buat masa sekarang pemasangan ATM ditangguhkan berikutan perbincangan lanjut perlu dilakukan dengan Jabatan Bendahari dan prosedur pemasangan talian oleh Telekom. Menurut surat yang ditunjukkan oleh En Fairuz kepada kami yang antaranya berbunyi
"pengesahan talian pajakan (leased line) daripada pihak syarikat telekomunikasi yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 minggu, jika tiada kesulitan dengan infrastruktur kawasan."
Secara tidak langsung, surat ini bermaksud, mesin ATM tidak akan dipasang dalam masa 6 minggu dari sekarang. Tetapi 6 minggu selepas pemasangan talian oleh syarikat telekomunikasi.
Namun, disebabkan masalah-masalah tertentu, mesin ATM tidak dapat dipasang pada waktu yang dijanjikan
iii) 28 Disember 2010, Selasa
Pihak bank membuat site verification di tapak yang telah dicadangkan oleh pihak pentadbiran UKM KL
iv) 31 Disember 2010, Jumaat
Laporan perkembangan bolehlah layari http://ilimppfskb.blogspot.com/2010/12/perkembangan-mesin-atm.html
v) 11 Februari 2011, Jumaat
Sekitar 2 hari sebelum laporan perkembangan terbaru di UKM KL dipaprkan di blog, pengubahsuaian di TIBE dijalankan bagi menempatkan Jabatan Bendahari dan seterusnya mesin ATM Bank Islam. Laporan lengkap sila layari http://mariahzakaria.blogspot.com/2011/02/perkembangan-terbaru-ukm-kl.html
Perjalanan untuk mendapatkan mesin ATM adalah sebuah perjalanan yang agak panjang buat kami. Meskipun tanpa pertemuan yang rasmi dengan En Fairuz, misalnya pertemuan secara tiba-tiba di pertengahan jalan, kami tidak melepaskan peluang untuk bertanya laporan perkembangan pembinaan mesin ini. Sikap keprihatinan kami ini mendapat pujian dari En Fairuz dan beliau sendiri senang untuk melaporkan setiap perkembangan terbaru.
Sekadar gambar hiasan
Justeru itu, melihatkan tapak CIMB yang telah ada, tinggal menanti masa pemasangan sahaja, kami amat bersyukur kerana usaha kami membuahkan hasil walaupun setelah kami meletak jawatan. Sekali lagi juga, setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada En Fairuz kerana sudi bekerjasama dan sentiasa bersabar melayan kami dalam menangani setiap isu mahasiswa/I yang berlaku di kampus ini.terima kasih juga kepada mahasiswa/I dan pihak pentadbiran sama ada kolej mahupun Kampus KL yang sentiasa menyokong usaha kami dalam melaksanakan amanah jawatan yang diberi. insyaAllah.
Mariah Zakaria, Mantan MPP Farmasi 2009/2010
0 comments:
Post a Comment