Walaupun mengambil masa yang agak lama, namun, pihak GMUKM menghargai usaha yang ditunjukkan oleh pihak pentadbiran kolej tersebut dalam melayani hak mahasiswa. Didalam post tersebut (rujuk link), wartawan GMUKM telah menerima pelbagai aduan berkaitan keselamatan dan kebajikan mahasiswa terutamanya siswi, seperti isu air, kebebasan pelajar siswa memasuki kawasan kolej siswi ,kes kehilangan motor dan keadaan kawasan parking motor yang dikategorikan sebagai tidak selamat.
Keadaan kawasan parking belakang, (berhampiran pusat kesihatan), yang pada awalnya suram dan sepi, kini terang-benderang dengan kewujudan lampu-lampu di pondok parkingdan di sekitar kawasan tersebut. Keadaan ini amatlah berbeza dengan keadaan sebelumnya yang amat tidak 'mesra mahasiswa' kerana kawasan tersebut yang jauh dari orang ramai, gelap dan berpotensi menjadi kawasan target insan-insan tidak bertanggungjawab untuk menjalankan kegiatan jenayah.
Pihak GMUKM berharap,langkah baik ini dapat mengurangkan masalah kecurian dan ketidakselesaan yang dialami para siswi khususnya. Namun bagi masalah kebebasan siswa memasuki kawasan siswi, pihak kami masih belum mendapat jawapan yang rigid. Namun pihak kami optimis untuk terus memastikan masalah-masalah disiplin tersebut dibanteras segera. Bagi isu ketiadaan air pula, diantara punca yang dikenalpasti adalah disebabkan kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan. Maklumat awal yang kami terima, masalah ini dijangka selesai menjelang bulan April nanti.
Akhir kata, pihak GMUKM menyeru kepada seluruh mahasiswa UKM agar dapat menyalurkan sebarang permasalahan, aduan atau kegusaran yang timbul dari segala aspek, demi penambahbaikan kearah kegemilangan varsiti kita yang tercinta ini. sebarang aduan, kritikan atau cadangan bolehlah disalurkan ke gmukm2009@gmail.com atau terus ke laman facebook kami, Gabungan Mahasiswa UKM, atau MPM UKM 2010/2011 . Lontarkan suara anda, kerana suara anda, tanggungjawab kami.
~berGM lebih baik~
0 comments:
Post a Comment