GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat rakan-rakan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) khususnya kepada barisan Exco dan Majlis Tertinggi (MT) PMUKM yang bertungkus-lumus sejak awal pengisytiharan kemenangan pada malam 21 Februari yang lalu dan sehingga kini sudah genap dua bulan.
Pelbagai aduan dan isu kebajikan rakan-rakan mahasiswa berjaya diselesaikan atau sekurang-kurangnya berjaya dikendalikan dengan langkah yang terbaik biarpun dikekang oleh faktor keupayaan dan masa seorang individu bergelar MPM.
Sekadar contoh isu yang selama ini membelenggu rakan mahasiswa seperti masalah air telah diusahakan oleh MPM Faizal dan Harith (baca berita di sini); isu kafe oleh MPM Aida (berita di sini dan sini); isu pembuangan kolej oleh MPM Izzuddin (baca berita di sini dan sini) serta terbaru isu anjing yang berkeliaran di UKM oleh MPM Fahmi (baca berita di sini).
Malah, isu-isu berbangkit di fakulti-fakulti juga tidak dilupakan apabila kebanyakan MPM fakulti yang memperoleh mandat segera mengusahakan langkah penyelesaian bersama pihak pentadbiran fakulti sebagaimana yang diusahakan MPM Ezuan, Ikram dan Amalina ini.
Juga tidak kurang usaha pembudayaan keilmuan & keintelektualan sebagaimana yang menjadi Dasar Gabungan Mahasiswa selama ini turut berjaya diimplementasikan oleh PMUKM melalui Biro Akademik & Keintelektualan PMUKM melalui program Suara Kampus : Dilema Jepun - Antara Tsunami & Nuklear dan terbaru rombongan ke Pesta Buku Antarabangsa 2011 (KLIBF'2011)
Apapun, Gabungan Mahasiswa UKM mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan PMUKM yang pada kali ini benar-benar mengotakan apa yang dikata. Gabungan Mahasiswa UKM juga bersedia pada bila-bila menyokong dan mendokong program-program yang bermanfaat buat semua rakan mahasiswa UKM samada di Kampus Induk Bangi, Kuala Lumpur dan Kampus Perubatan Cheras.
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti
0 comments:
Post a Comment