Dalam kesibukan di musim peperiksaan ini mahasiswa UKM mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan terakhir sebelum memasuki dewan peperiksaan, Krew PM-UKM sempat menemubual saudara Izzuddin selaku Pengerusi Biro Kebajikan & Aduan PMUKM Sesi 2010-2011.
Antara yang sempat dibincang dan dijelaskan oleh saudara Izzudin atau mesra dikenali 'Abang Din' di kalangan rakan-rakan mahasiswa UKM, termasuklah isu tertangguh seperti pemasangan paip air, haiwan-haiwan liar yang berkeliaran dan rangkaian internet JARING yang lembab di sesetengah kolej kediaman dan beberapa kawasan umum lain di Universiti. Juga isu terbaru, masalah lampu isyarat di pintu masuk utama Universiti tidak berfungsi.
Ikuti temubual yang sempat dijalankan Krew PM-UKM bersama saudara Izzudin di bilik PMUKM semalam.
PM-UKM : Rata-rata mahasiswa UKM hari ini berpendapat PMUKM khususnya Biro Kebajikan & Aduan di bawah kendalian saudara tidak berfungsi dengan baik. Apa komen anda ?
IZZUDDIN : Apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan terutama yang banyak memberi pendapat sama ada baik atau kurang baik kepada kami khususnya di bawah biro saya; Biro Kebajikan (dan Aduan). Yang sebenarnya, hendak saya jelaskan bahawa banyak kerja telah dilakukan oleh ahli biro saya, tetapi mungkin kurang di'publish'kan (menyebabkan) maka kerja-kerja kebajikan 'ni 'tak nampak (oleh) rakan-rakan.
Pihak Biro Kebajikan (dan Aduan) ini untuk makluman rakan-rakan, (sebenarnya) hari-hari ke JPP (Jabatan Pengurusan Pembangunan UKM); sehinggakan sudah 'familiar' dengan staf dan orang-orang di sana. Berbagai laporan 'dah dilaporkan; isu anjing, kera-monyet, isu air, serta JARING. Tetapi seperti biasa, kita dimaklumkan kerja-kerja dalam proses. Dan ada yang akan diselesaikan dalam waktu cuti semester nanti, seperti haiwan-haiwan liar tu. Masalah JARING pula, masalah yang berlaku adalah sekali-sekala. Ada waktu yang memang tinggi ; high-load istilahnya. Tapi ada masa, OK pula 'connection' nya. Itu yang jadi masalah untuk pihak JPP untuk atasi. Tetapi sebagai langkah penambahbaikan, sudah banyak 'router' ditambah di beberapa lokasi yang menjadi tempat tumpuan (mahasiswa). Dan isu air, memang saya minta maaf banyak-banyak kepada rakan-rakan yang ada masalah air dalam musim-musim 'exam' ini. Tapi apakan daya, pihak JPP pun sekadar respon "masih dalam proses" , walaupun dulu dijanjikan dulu bulan 4 ni akan diselesaikan. Tapi apa hendak buat, saya minta maaf banyak-banyak. Masalah ini sudah (dirujuk dan dibawa ke) peringkat pentadbiran.
PM-UKM : Bagaimana pula isu terkini, lampu jalan di simpang masuk pintu utama UKM. Apa tindakan Biro Kebajikan & Aduan ?
IZZUDIN : OK, bagi isu 'traffic light' tu, saya sudah bawakan awal minggu lepas, berhubung dengan Encik Saiful di JPP. Dan pihak JPP bagitahu, mereka sudah rujuk kepada pihak JKR (Jabatan Kerja Raya). Pihak JKR pula maklumkan bahawa 'traffic light' ini sudah lepas dari kontrak tanggungan mereka, maka pihak UKM yang perlu uruskan (sendiri) dengan pihak kontraktor. Dan pihak JPP sudah hubungi kontraktor asal (untuk dapatkan maklumat), dan terkini JPP sudah pun hubungi kontraktor untuk menyelesaikannya.
PM-UKM : Apa punca masalah sebenarnya lampu jalan tersebut ?
IZZUDDIN : Yang dimaklumkan oleh JPP kepada saya, masalah sebenarnya adalah 'control board' bagi 'traffic light' itu. Lampu itu pun sudah 20 tahun, sejak tahun 1990 , yang terakhir diselenggara. Maka masalah itu memang sudah dijangka berlaku. Cuma kita 'tak sangka akan jadi seteruk (begini). Kita jangka mungkin makan masa sehari dua, rupa-rupanya sampai seminggu juga.
PM-UKM : Baik, sebagai penutup, sedikit ulasan saudara Izzudin berkenaan cakap-cakap mahasiswa yang mengatakan Biro Kebajikan & Aduan yang lembab dalam menyelesaikan masalah, dan lebih gemar popular padahal kerja tidak berjalan; bak 'tin kosong'
IZZUDDIN : Saya mewakili rakan-rakan di dalam Biro Kebajikan (dan Aduan) ; saudara Zaim, Mardhiah dan Akma di (kampus UKM) KL memohon maaf sekiranya kami tidak dapat memenuhi semua permintaan rakan-rakan. Tetapi harus diingatkan, dengan kekuatan, dan kuasa yang kami ada agak terhad, maka apa yang kami boleh usahakan, telah kami usahakan. Kami faham situasi rakan-rakan yang 'nak melihat PMUKM sesi kali ini lebih baik daripada yang lepas-lepas, tetapi harap rakan-rakan faham dengan kondisi kami; kekuatan dan kuasa yang kami ada.
Saya secara peribadi hendak juga tunaikan apa saja (kehendak) rakan-rakan, dan selesaikan masalah-masalah (mahasiswa). Tetapi apabila kita bercakap isu kebajikan, mahu tidak mahu kita merujuk balik ke pihak pentadbiran Universiti. Di situ kita selalu hadapi masalah birokrasi. Contoh mudah, isu air, apabila kita rujuk pihak A, pihak A suruh 'refer' pihak B. Pihak B pula suruh 'refer' pihak C. Dan pihak C pula, mudah menjawab, "semua dalam proses."
Bukan untuk beri alasan, tetapi itulah realiti kita hari ini. Kita hendak (beri) yang terbaik, tetapi saya ulang sekali lagi, dengan jumlah kekuatan, tenaga dan kuasa serta masa yang kita ada, kita sudah lakukan yang terbaik. Dan tolong fahami juga bahawa MPP yang ada juga seorang 'student'. Kami juga perlu luangkan masa untuk 'study'. Mungkin rakan-rakan nampak ini sebagai alasan, sebagai dalih kami apabila isu kebajikan dibangkitkan. Tetapi apa pun, saya tidak segan dan malu untuk mengatakan kami sudah mengusahakan yang terbaik; dan dalam masa sama, kami juga mengusahakan yang lebih baik lagi. Cuma harap sedikit pertimbangan daripada rakan-rakan, agar bersabar banyak-banyak terutama yang tinggal di kolej-kolej yang hadapi masalah JARING dan air.
Apa yang saya ingin jelaskan, 'in short word' - kita sudah buat yang terbaik.
Mungkin ada yang kata kita ni 'populis' ; suka cari publisiti. Tetapi apa yang ingin saya maklumkan, kita menganggap semua ini adalah amanah daripada-Nya. Setiap satu tugasan yang diberikan kepada kita adalah amanah, dan akan dipertanggungjawabkan (di Hari Akhirat). Maka, tidak timbul isu kita suka 'mencapab' ; suka cakap kosong; retorik dan lain-lain (kerana kita tahu), yang lebih layak menilai kerja kita adalah rakan-rakan sendiri. Kalau si A tidak suka, takkan kita hendak penuhi semua kehendak si A sampai dia suka kita ? Lebih baik kita lakukan (apa yang terbaik,) buat semua rakan, berbanding kita fikirkan pasal si A tu sampai dia betul-betul suka?
Itu sekadar pandangan peribadi saya. Dan saya harap tidak timbul (isu) GMUKM yang menang pada kali ini suka mencapab. Mudah cakap, kita laksanakan apa yang kita janjikan. Dan rakan-rakan berhak tahu apa yang kami sudah lakukan.
-----------------------------------------------------------
* Daripada maklumat rakan-rakan awal pagi tadi (16 April 2011), lampu jalan (traffic light) masuk pintu utama UKM sudah kembali berfungsi. Sebarang masalah, sila hubungi MPM Izzuddin dalam kadar segera.
0 comments:
Post a Comment