Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, April 12, 2011

Berhati-hati di Musim Peperiksaan


Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menasihatkan kepada seluruh mahasiswa dan warga kampus agar berhati-hati sepanjang musim peperiksaan ini berlangsung di sekitar kampus.

Peringatan ini dikeluarkan berikutan berlakunya kejadian kecurian dan kehilangan barangan peribadi yang berlaku di Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL)

Kejadian itu dikatakan berlaku cuti hujung minggu lalu apabila sebuah komputer riba milik seorang mahasiswi telah dilapor hilang, disyaki dicuri ketika beliau mengulang kaji pelajaran di lobi PTSL.

Ketika kejadian itu berlaku, menurut rakan mangsa terdapat mahasiswa dan juga warga luar  yang turut sama berada di lobi perpustakaan tersebut dan ketika kejadian itu berlaku, beliau sedang mengambil buku rujukan di dalam kereta di tempat letak kenderaan.

“Ketika itu, rakan saya sedang mengambil rujukan dan saya sedang mengulang kaji pelajaran tapi saya sendiri tidak perasan bila laptop itu diambil. Lepas ni kami kena lebih berhati-hati sebab ramai pengunjung luar sekarang yang turut sama mengulang kaji di sini.”, ujar rakan mangsa.

Gabungan Mahasiswa dalam pada itu ingin mengingatkan kepada rakan-rakan mahasiswa agar berwaspada dan berhati-hati terutama keselamatan barangan peribadi seperti telefon bimbit, motosikal, komputer riba dan lain -lain dalam keadaan terlalu ramai yang mengunjungi perpustakaan.

Minggu peperiksaan yang sedang berlangsung hingga hujung bulan April ini menyebabkan ramai mahasiswa memilih untuk mengulang kaji pelajaran di perpustakaan untuk kemudahan rujukan yang lebih banyak dan suasana yang sesuai.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !