Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, April 8, 2011

Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat


KEMPEN SEMPENA GERAKAN MAHASISWA SELAMATKAN RAKYAT

“JELAJAH MAHASISWA SELAMATKAN RAKYAT (KL – SEREMBAN)”




TARIKH : 10 April 2011 (Ahad)
MASA : 8.00 pagi* [BERKUMPUL DI KL SENTRAL]
ANJURAN : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)


*SELURUH RAKYAT MALAYSIA DI JEMPUT HADIR*

Suatu simbolik mahasiswa bersama rakyat menyuarakan bantahan menolak politik lucah!!

-------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 8 April: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menjalankan siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat secara besar-besaran sebagai protes terhadap suasana politik negara yang jijik dan kotor khususnya dalam isu video lucah.

Jelajah ini akan diadakan pada Ahad, 10 April dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bermula di Stesen Kuala Lumpur Sentral ke Seremban dan Seremban ke Kuala Lumpur Sentral.

Menurut jurucakap sekretariat media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin selain menunjukkan protes terhadap situasi politik negara, siri jelajah ini juga diadakan bagi menunjukkan rasa cinta dan sayang mahasiswa terhadap negara dan turut mengharapkan perkembangan politik yang lebih sihat dan konstruktif akan berlaku di dalam negara ini.

Katanya, siri jelajah itu yang dijangkakan akan menghimpunkan mahasiswa dari kampus seluruh Lembah Klang merupakan satu aktiviti jelajah terbesar yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh SMM dan merupakan salah satu usaha murni di peringkat mahasiswa untuk memulihkan kembali suasana politik Malaysia yang kian kotor di dalam rangka gerak kerja Kempen Mahasiswa Selamatkan Rakyat.

"Seluruh mahasiswa dari beberapa IPTA dan IPTS dari Lembah Klang akan berkumpul dan sesi taklimat ringkas sebelum siri jelajah bermula akan dijalankan. Seterusnya, seluruh mahasiswa yang akan menggunakan tema pakaian putih pada hari tersebut akan menaiki komuter untuk menuju ke Seremban dengan membawa beberapa pelekat dan kain rentang," katanya.

Menurutnya, mahasiswa akan turun di beberapa stesen komuter yang terpilih untuk mengadakan 'silent protest' dengan mengangkat pelekat, kain rentang dan mengedarkan risalah kepada orang ramai hingga ke stesen komuter Seremban.

Selepas itu, mereka akan kembali semula ke stesen KL Sentral untuk mengedarkan risalah, ucapan daripada beberapa pimpinan mahasiswa dan seterusnya akan mengadakan sidang media sebelum siri jelajah ini berakhir.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !