Maka berakhirlah bicara diskusi atau debat yang selama ini dinanti-nantikan oleh sekalian rakyat Malaysia selama ini. Biarpun ada yang menjangkakan ia akan dibatalkan atau tidak dibuat secara langsung. Namun semuanya kini menjadi kenyataan. Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan UMNO , Shabery Chek telah disiarkan terus menerus selama satu jam iaitu kurang dari jadual asalnya. Pengantara popular Johan Jaafar sekali lagi dipilih untuk menjadi hos rancangan berkenaan. Tahniah diucapkan kepada Johan Jaafar yang lebih nampak profesional pada kali ini. Alhamdulillah, tiada insiden yang tidak diingini berlaku.
Debat yang dibahagikan kepada beberapa segmen itu turut menampilkan wakil masing-masing iaitu Nordin Kadri untuk Shabery dan Zulkifli Sulong dari Siasah untuk Anwar. Biar pun masa yang diambil untuk kedua-dua pendebat agak pendek dan terlalu cepat namun jelas dapat dilihat kewibaan terletak kepada mantan TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Benarlah kata beliau sebelum ini Menteri UMNO itu tidak layak untuk berdebat dengannya. Beliau lebih rela berhadapan dengan Pak Lah dan Najib, daripada budak hingusan seperti Ahli Parlimen Kemaman yang tidak sedar diri itu.
Banyak soalan dan kenyataan merapu telah dikeluarkan oleh Shabery. Anwar beberapa kali menempelak beliau kerana lari dari tajuk dan membuat hujjah peribadi pasal Anwar. Tajuk debat "Hari Ini Memerintah: Esok Minyak Turun" . [...] Baca Lagi....
0 comments:
Post a Comment