Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, July 10, 2008

Langkah Menteri Pengajian Tinggi dalam menangani isu PTPTN wajar dipuji

Isu popular bagi pelajar dan bekas pelajar iaitu isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kembali lagi . Selepas kenyataan rasmi oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin bahawa Kementerian Pengajian Tinggi akan mencadangkan kerajaan mengurangkan kadar caj perkhidmatan tiga peratus pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) bagi meringankan beban 1.14 juta peminjam berikutan kenaikan minyak dan barang keperluan. "Apa yang pasti, caj perkhidmatan itu tidak akan dinaikkan tetapi diturunkan dan jika cadangan kementerian dipersetujui Kabinet, kadar caj baru akan diumumkan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi," katanya semasa melancarkan Pelan Transformasi kementerian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mengikut kenyataan beliau semalam, beliau akan mengemukakan cadangan kepada mesyuarat kabinet iaitu penurunan kadar caj perkhidmatan 50 peratus kepada hanya 1.5 peratus, iaitu pengurangan 2.5 peratus berbanding empat peratus ketika pinjaman PTPTN diperkenalkan pada 1997. Baca Lagi...

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !