Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, July 12, 2008

Sistem yuran-pinjam IPT berunsur kapitalisme


Kebajikan | Kadang-kadang saya terfikir bahawa sistem pendidikan negara Malaysia ini adalah manifestasi sistem kapitalisme tajaan Barat. Biasiswa JPA hanya diberikan kepada anak-anak penjawat kerajaan sahaja. Padahal ada pihak-pihak lain yang lebih memerlukan. Golongan pak tani, penoreh, buruh kilang, pion swasta dan banyak lagi komuniti masyarakat miskin dan sederhana dibiarkan sahaja anak-anak mereka ini terus diikat dengan beban hutang yang dikenali sebagai PTPTN. Mungkin kerana mereka miskin, sebab itu mereka layak menerima PTPTN; kerana dasar kapitalisme memang mahu golongan kaya (kerajaan/PTPTN) terus kaya di atas kemiskinan rakyat termasuk dalam sektor pendidikan tinggi. […] Read more

1 comments:

Hello, hi. said...

tolong sikit.

"Biasiswa JPA hanya diberikan kepada anak-anak penjawat kerajaan sahaja."

sistem kapitalism mana yang mengikuti cara ini? jikalau biasiswa ini hanya diberikan kepada golongan atasan, ianya akan dinamakan sistem feudalism. hanya kerabat diraja dan orang orang atasan yang berpengaruh dalam kerajaan sahaja yang akan mendapatkan peluang pelajaran pada masa dahulu apabila sesebuah negera mengikuti sistem feudalism.

sistem kapitalism pula membolehkan pihak bank memberikan pinjaman kepada mereka yang ingin meminjam dan sedia membayarnya kembali. dengan itu lebih ramai akan dapat memperolehi pelajaran. dan jikalau anda mengatakan bahawa ini akan menjadikan peminjam berhutang banyak kepada bank, bukankah ianya lebih baik bagi seseorang berhutang banyak kepada bank namun mempunyai pendapatan yang lebih tinggi hasil daripada pelajaran yang dimiliki dengan pinjaman bank daripada tetap menjadi miskin kerana tidak mempunyai peluang pendidikan langsung kerana kesempitan wang?

dan jikalau sistem socialism dan komunism begitu baik, mengapakah rakyat rakyat dalam negara-negara yang mengikuti sistem ini hidup dalam begitu banyak kesusahan? Korea utara, Cuba, myanmar = komunism. Bagus sangatlah hidup mereka? Bagus! Marilah kita mencontohi sistem mereka!

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !