Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, November 5, 2009

CCTV: Di mana pemerhatinya?


Bangi 5 Nov | ‘Adalah menjadi satu yang memalukan bagi sebuah kolej yang dilengkapi CCTV seperti Kolej Dato Onn yang merupakan kolej pertama dibina berlaku peristiwa seperti ini’.

Ini adalah respon Saudara Affandi bin Abd Rahman, MPP tahun 3 dan 4 Fakulti Pendidikan berkaitan isu kecurian yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini terutama di kolej berkenaan.

Dalam respon tersebut juga, beliau berpendapat CCTV perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin kerana banyak wang telah dibelanjakan untuk menjamin kebajikan dan keselamatan para penghuni kolej khususnya dan warga UKM amnya.

"Kalau kita hanya meletakkkan CCTV tanpa ada pemerhati dan pemantau, jadi bagaimana kita ingin memastikan keselamatan mahasiswa UKM terjaga dan terbela. Duit yang dibelanjakan juga seolah-olah hangus begitu sahaja kerana CCTV tersebut hanya dijadikan sebagai bahan perhiasan semata", jelasnya lagi.

Beliau juga mempersoal kewujudan biro kebajikan JAKSA kolej berhubung kejadian tersebut dan keseriusan pihak kolej dalam membanteras kejadian seperti ini terus berulang.

Dalam pada itu, wartawan GMUKM sempat menemui salah seorang daripada mangsa kecurian komputer riba, Mohd Fadhlan Sugiman, pelajar tahun 1 Fakulti Pengajian Islam.

Dalam temubual tersebut, beliau sempat mengatakan kekecewaan terhadap sikap sesetangah pihak bertanggungjawab mengenai kehilangan komputer riba miliknya.

"Saya harap kebajikan saya dijaga, jangan hanya ada biro kebajikan sahaja tapi kebajikan tidak terjaga", demikian luahan pelajar tahun satu ini kepada pihak wartawan GMUKM.

Kolej Dato Onn juga merupakan salah satu kolej yang didiami oleh ramai pimpinan PMUKM antaranya Saudara Mohd Nasir yang merupakan presiden PMUKM sekarang sebelum pembubaran dilakukan.

Pihak GMUKM berharap semua yang berwajib seperti pihak keselamatan UKM dan pihak kolej mengambil langkah serius dalam menangani masalah kecurian yang semakin berleluasa terutamanya dalam musim peperiksaan.

13 comments:

PMUKM said...

PMUKM dok tido je kat kolej tu...buat hal sendiri..lantak la kalo ko tu kene curi laptop apa kene dengan aku...

Anonymous said...

xkunci pintu la gamaknye tue...redha je la. kata islamik.

Anonymous said...

bro, die kunci pintu bro..

yg mana kite bleh perbaiki,, kite perbaiki..
redha tanpa usaha mengatasinye xde gunanya..

aku benci kroni said...

aku pun hilang gak.. tp aku tak salahkan orang.. tp aku salahkan diri sendiri coz cuai.. n aku salahkan pencuri sebab curi laptop aku.. aku tak menuding jari kat jaksa or pmukm.. kpd GM taulah bdk tu kroni korg.. cpt je korg lapor.. mang dasar kroni

sendiri selesaikan kalau berani said...

bese la tu..amek kesempatan dgn mslh org..taktik dieorg mmg mcmni,suke menyalahkan org len..of coz la jaksa kebajikan tu mst geraknye tp fikirla xkan la die plak yg jd mcm polis g siasat n bjage 24 jam..lau spotcheck tu bole la wat..lau muke dlm gambor kt ats tu jd jaksa tu pon ntah bole wat ke x..mst de je alasan slhkan wisma aman plak kot..~it is better to hold out hand than point out a finger~

Anonymous said...

mati pun kalau nak terlalu bersangka baik...pihak yang bertanggungjawab,kene bertanggungjawab....nak salahkan pencuri...hoooi pencuri tak pernah rasa bersalah laah brader

Anonymous said...

ish... patutnye sume tombol pintu tukar le... tombol pintu skang pakai kad topup pun bley bukak... bahaya...

Hari Pink said...

tombol pintu kat kdo paling selamat.

lgpun student yg hilang ni dia x kunci pintu.
ad laporan yg kt dia kunci pintu 2 adalah x tepat.

pintu d sini jugak x bleh di buka guna kad fon atau sbg nya. korang pg la tgok sndr.

kunci yg sma bkn mslh. sbb kunci dkt mn2 kolej pon sme je kunci pintu nya..

Anonymous said...

kat malaysia ni pn berlamabk polis...ade gak kecurian, sape bapak dia keje polis kt cni?? ade x org g marah kt bapak ko sebab ade umh dia kena curi ke hape ke..adeh, be rasional la...

Anonymous said...

mangkok..kuar kan artikel yg x masuk dek akal..ilang laptop perkara biasa..setiap org kena sentiasa berjaga2 klu ader benda yg berharga paham...jgn dok salah kan org lain je..macam bdk2 punya pikiran..benda sendiri pun x bleh nak jaga dengan baik...

Anonymous said...

cctv tu berfungsi ke x?

Anonymous said...

salam..da harta sndri,pandai2 la jaga..
pastu..da ilng..sibuk nk salahkn org lain..pkir la ckit.

tk kn la biro kebajikn tu,nak gnti balik ko punye brng..
nnt klu pen ak t'ilng,silalah wrtwn GM tmubual ak eh..jgn lupe tulis dlm blog sekali..

adeq said...

cubalah berfikir secara kritis..biar jadi mahasiswa terbilang kak..

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !