Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, November 6, 2009

PRK UKM Sudah Menampakkan 'signal' Hijau

Bangi, 5 November 2009- Lampu hijau dari pihak pentadbiran UKM mengenai pilihan raya kampus UKM telah kelihatan apabila notis mengenai Bengkel Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dikeluarkan. 

Notis yang dipaparkan di paras 5 Pusanika itu dikeluarkan pada 4 November 2009. Bengkel Calon akan diadakan pada 18 hingga 20 Disember 2009, tarikh tutup menghantar borang pula adalah 11 Disember 2009. Namun, mahasiswa yang pernah ke bengkel tersebut sebelum ini dikecualikan daripada bengkel ini.

Sebelum ini, bengkel calon diadakan buat pertama kali pada awal tahun ini iaitu pada 1 hingga 4 Januari 2009 di A'Famosa Resort, Melaka. Seramai 167 orang mahasiswa telah menyertai bengkel berkenaan. GMUKM menjangkakan lebih ramai lagi mahasiswa akan hadir ke bengkel pada kali ini.

"Jentera GMUKM sudah bersiap siaga untuk bertempur, 1 lawan 1 bersama Aspirasi atau nama barunya kini Sahabat 1 Malaysia. Kami mengharapkan rakan-rakan mahasiswa dapat membuat penilaian dengan baik untuk menentukan siapakah pemimpin mereka. GMUKM sedia menanti untuk menggantikan Aspirasi di tampuk pemerintahan PMUKM," jelas MPP FPend Tahun 3 dan 4, Affandi B Abdul Rahman yang menang atas tiket calon mahasiswa ketika pilihan raya kampus yang lepas.


Wartawan GMUKM sempat bertanyakan pendapat kepada seorang mahasiswa yang merupakan duta GMUKM di FPI, Mohd Nazri Tahir, "Saya melihat perkara ini merupakan satu persaingan sihat dalam arena politik kampus. Ini adalah penting kerana mahasiswalah yang akan memimpin masyarakat satu hari nanti. Diharapkan bengkel calon pada kali ini dapat menerangkan dengan lebih jelas mengenai peranan mahasiswa sendiri untuk mencorakkan universiti dan menjaga kebajikan rakan-rakan mahasiswa."

 

15 comments:

Anonymous said...

cayalaah..tak sabar dah aku niih

STUDENT POWER!!

adeq said...

BERSATU BERUBAH!!

jangan x turun mengundi pula..jangan simpan hak anda sebagai mahasiswa..

Anonymous said...

all the best
i love gmukm

Syaidina Umar Al-khatab said...

tidak kira aspirasi atau gm, yang penting ialah kita semua beragama islam dan mempunyai akidah yang sama...jikalau rakan kita diaspirasi dan di gm hendak bertanding, bertandinglah dengan cara yang sihat dan profesionnal...matlamat kita adalah sama, untuk mengembalikan zaman kegemilangan islam yang disanjungi..insyaAllah.

=)>>Syaidina Umar Al-Khattab said...

matlamat kita sama???r u sure??kalo betollah sama, bubar gmukm pon xpe..masalahnya matlamat kite bagai langit dgn bumi..nta cube kaji semula dgn lbih teliti ye..

Anonymous said...

salam sahabat kpd syaidini umar al-khattab.. kita satu agama dan satu akidah saya sangat2 setuju.. matlamat kita sama cuma ad setengah2 sahabat2 kita diluar mungkin lalai dan tindakan terpesong drpd matlamat.. yg paling membimbangkan ad sesetengah sahabat bukan stkt x bersama menyokong apatah lagi pendokong tetapi penyekat orang yg ingin menperjuangkan Isalam.. sama2 la sahabat yang matang dan berintelek kita memilih kmplan yg ingin membawa Islam dgn kuasa undi ditangan kita.. walaupun kita x mampu jadi pendokong jadilah penyokong dan jauhlah diri jadi pengokong...

adeq said...

setuju!!

kebesasan untuk bersuara..kebebasan untuk menjadi penyokong..

_tidak mahu dikongkong apatah lagi digonggong_

Anonymous said...

Hodoh siot Affandi tu..
apasallah tak mati masa eksiden ari tu..

MoHFiR - Mohd Firdaus said...

HOI Anonymous!! jaga kata-kata anda tue... Affandi tu sahabat baik aku ok!! Walaupun Aku dan beliau berbeza pendapat tetapi aku tidak pernah menghina sebegitu!!!

Orang yang berkata macam ini seolah2 tidak ada didikan agama yang cukup!! sbbnya Islam tak pernah mengajar kita berdoa atau berharap sesorang itu mati!!! So jaga-jaga kata anda... Kalau dibalikkan kepada anda... baru anda tahu tingginya langit dengan bumi... Beristighfar wahai Anonymous!!!

adeq said...

ano..
jangan begitu..
Allah menilai tu..
malaikat mencatit tu..

kalau anda yang accident bagaimana?
terus dicabut nyawa..

fikir dahulu sebelum membuat statement..

ajal maut bila sahaja datang menjemput..

bersama muhasabah diri..

Anonymous said...

Celupar nak mampos mulut ko niih..bleh ahh dlm blog ko nk berlagak-lagak,

kenallah dulu hati budi En.Affandi niih...hish jenis manusia apakah ko ini..jom jmpe aku kat libry,kita study sama2

halim said...

salam..moga2 GM mnyediakan clon tbaik tuk plhnrya akn dtg..sdikit pndngn dr sy, kita memg sama2 islam.mslhnyer ialah dsr pjuangan..so,klu asprsi brubah nk dokong pjuangan islam, kita bubar la.duduk d bwh payung y satu sudah..sma2 doakan kpimpnan mpu berubah pd prk akn dtg.Amiin.......

Anonymous said...

salam sahabat2..moaga anda sihat semuanya,budi bahasa budaya kita..jadi berbahsa lah dengan baik..jangan duk cakap ntah ape2.. itu anda dah mnentang slogan kerajaan, 1Islam 1Malaysia..rakyat akan makmur! jgn dibiarkan tamadun ini trus hiang, setiap tamadun akan jatuh, dimanakah tahap Malaysia sekarang??

Anonymous said...

hope berlainan fahaman politik tak wujudkan satu dinding yang memisahkan antara mereka yang berada dipihak GM atau Aspirasi..apa yang penting profesionalisme....

Hari Pink said...

ada traffic light..

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !