Saluran e-forum Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) akan memberi ruang kepada peminjam untuk mengajukan
sebarang masalah atau pertanyaan dengan tepat, cepat dan mudah.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kewujudan saluran itu dapat membantu orang ramai menyelesaikan segala kemusykilan mereka dengan bantuan kakitangan daripada jabatan itu yang akan mengemas kini saluran
berkenaan pada kadar segera.
"Kalau sebelum ini jika ada sebarang pertanyaan mengenai PTPTN, orang ramai terpaksa menyuarakan melalui akhbar dan kadang-kala ada di antara pertanyaan itu tidak berjawab, mungkin kerana ada kakitangan yang terlepas pandang atau soalan itu sudah sering ditanya.
"Dengan adanya saluran ini, masalah seumpama itu tidak akan berlaku lagi kerana akan ada ruangan untuk soalan yang sering dipersoalkan untuk mengelakkan soalan berulang dan kakitangan kami juga akan menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan seberapa pantas yang boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi kementeriannya di Putrajaya hari ini.
Beliau sebelum itu turut melancarkan saluran e-forum PTPTN yang diwujudkan melalui laman web kementerian.
"Saya sebagai menteri juga akan sentiasa memantau saluran ini untuk memastikan ia menepati matlamat dan sasaran yang ditetapkan," katanya.
Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau berkata PTPTN telah menyediakan moderator yang terlatih, berpengetahuan dan berpengalaman untuk membantu menyelesaikan semua persoalan yang dibangkitkan secara spontan.
Interaksi secara langsung ini, katanya, diharapkan mampu mengubah persepsi masyarakat bahawa kerajaan mampu untuk memberikan perkhidmatan yang responsif, cepat, telus dan secara langsung.
"Forum melalui laman web ini diharap dapat memberi peluang kepada umum untuk berbahas atau menjadi pentas mengemukakan pendapat mengenai isu-isu permohonan pinjaman, pembayaran balik pinjaman, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan isu berkaitan pembayaran balik PTPTN secara interaktif," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ketua Eksekutif PTPTN Yunos Abd Ghani berkata pihaknya memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk menangani kes peminjam yang telah disenaraihitamkan kerana tidak membayar pinjaman.
"Biasanya kita perlukan masa selama seminggu untuk lepaskan mereka daripada disenaraihitamkan, tapi kalau mereka memerlukan masa yang lebih singkat kerana ada urusan penting di luar negara dan sebagainya, mereka boleh hubungi kami untuk memberikan cadangan atau berbincang mengenai bentuk bayaran yang mereka ingin lakukan.
"Apa yang penting, pinjaman itu perlu dibayar semula sama ada secara ansuran, potongan gaji dan sebagainya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Putrajaya. BERNAMA

10 comments:
kadang2 aku tak paham dengan kerajaan nii,mencanagkan sesuatu yang dah mmg tersedia ada,contohnya...kalo takde e-forum pun persoalan yg berkaitan dgn PTPTN slalunya kita akn terus call pjbt atau tnya kwn2 dan dkt laman web PTPTN sndiri dah de soalan yang siap dgn jawpn yg aku rse dh lengkap dan sbg student u akan faham,kerajaan spatutnya menghapuskan terus interest yg dikenekan pd peminjam PTPTN..kene bayar hutng blajar stu hal,kne interst psl pinjam hutng stu hal..ditmbah lg dgn pnmbahan hutang kalau lmbat bayar..bnde2 penting ,mcmnih yg spatutnya di padang serius...bukn semua graduate tetibe kuar u trus dpt keje..stndrd akn mnganggur dlm 1 atau 2 thun...dah ahh takde gaji lg,nk bayar hutang PT dgn intrst skali...haaaai,nak tunjuk perkara baik niih bagus kadang2 tapi seriusly bnde nii just bodohkan org je
Kita ni dah terlalu biase dimanjakan. Kalau nak dibandingkan dengan negara maju sekalipun seperti amerika dan britain, setiap ibubapa perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan anak mereka kekolej kelak. Tiada badan yang bertanggungjawab untuk menolong rakyat biasa seperti kita untuk menyambung pelajaran di peringkat tinggi.Anda boleh tanya kepada rakan yang belajar diluar negara samaada benar atau tidak dakwaan saya ini. Bersyukurlah dengan keadaan kita.Saya juga peminjam PTPTN dan saya juga bumiputra. Saya xsetuju kalau semua orang diberikan biasiswa kerana xsemua orang yang dapat belajar diuniversiti dari golongan bagsa kita minat belajar. Saya dah lalui semua tu.. Biasiswa hanya untuk mereka yang layak sahaja. Jangan manja sangat.. semua nak disuap. Itupun masih tak cukup
interest bkn dikenekan slps beberapa bln kite dh grad ke..sbb kite menganggur lame bkn xbyk keje tp kite jadi graduan yg x berkualiti mcm tnggu org suap br grk, byk komplen, tuding jari kt org, mls nk berusehe, tak bersyukur dgn apa yg ada dan tamak..itulah kite..kalau dieorg xwat interest xtau la cane ptptn menggajikan pekerjanya..
kalo buat perbandingan dgn rakyt US atau Britain...cube ko bandingkan kan gaji mak bapak dorang kat sne dgn gaji mak bapak kat sini...mcm langit dgn bumi...ko mungkin bleh mewakili golongan hartawan2 kat Malaysia...tap cube fikirkan golongan pesawah,kerani biasa,kuli,yg dok krja mkn gaji dan peniaga2 kecil..hmm..dan anonyomus kedua...kalo ko nk tau, ade interst die...tapi bukn dak2 matrik yg terus kuar dpt msuk u..tap dak2 diploma atau dak2 sijil yang masih berminat nk smbung smpai degree...kita mmg wajib bersyukur tapi kte takbleh jd bodoh dgn mnerima sstu tuuh mmbabibute padahal sstu tuuh mmberi kburukan dan smemangnye bleh dperbetulkann
Maka.. Sebelum terima PTPTN tu kene lah fikir kan?
Kalo ragu-ragu tolak je...
Mintak duit mak bapak..
kalo mak bapak tuh kaya mcm mak bapak ko....
hoi!apa main mak bapak nii,kalo takde mak bapak nak buat camne??
cakap pakai akal laah
sbb tu ptptn bg pinjaman..nk tlg student kan..dgn harapan pelajar ni blaja betol2 pastu dpt keje yg bergaji halal dan stabil nti bole langsai kan pinajam tu..bile dh dpt keje baya sikit2..bkn ptptn mintak lump sum kan..kalau pinjaman tu pakai untuk bnde x berfaedah jgn la slhkan org len ye..bersyukur de badan yg nk tlg..cube xde ptptn..ade kite nk sampai ke u ni?jgn mimpi la..BERSYUKUR la wahai manusia..
syukur...syukur...syukur Alhamdulillah
nanyilah lagu raihan
need action do improvement...no need to talk more, am I right? also with you GM? where are GM now? common loud your voice for student
owh mak bapak ...bapak bapok bapok bapok..
Post a Comment