Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (Bantah) akan menganjurkan satu forum sebagai usaha meneruskan kempen mereka memberi kesedaran kepada masyarakat kampus berhubung kesan terhadap demokrasi kampus jika pengundian secara elektronik (e-voting) dilaksanakan pada Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang.
Mereka dengan kerjasama wakil fakulti Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) akan menganjurkan forum terbuka bertajuk ‘E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus’ yang dijadual berlangsung jam 8 malam 1 Januari ini bertempat di Dewan Utama Akademi Pengajian Islam UM.
Tiga ahli panel yang akan ditampilkan termasuk pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, Pensyaraah Jabatan Kejuruteraan Perisian Fakulti Sains Komputer dan Teknologi maklumat UM, Dr. Chiew Thiam Kian dan seorang bekas aktivis mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM), Chang Lih Kang yang juga ADUN Teja.
aizatPengerusi Bantah, Mohd Aizat Salleh ketika dihubungi memberitahu penganjuran tersebut sebgai usaha berterusan gabungan pelajar itu membantah e-undi dan memberi kesedaran kepada pelajar berhubung demokrasi kampus.
“Kita anjur forum ni kerana mahu menyedarkan student tentang demokrasi kampus.
“Kita cuba tampilkan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing untuk menjelaskan kepada kita tentang kesan e-voting ini,” katanya ketika dihubungi.
Ditanya berhubung kesan membawa masuk ahli politik sebagai panel forum tersebut, aizat memberitahu ianya tiada masalah kerana program itu anjuran wakil fakulti dan tidak berkaitan dengan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Sebelum ini lapan mahasiswa UM telah didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana dituduh membawa masuk ahli politik ke dalam universiti.
Mereka dihadapkan ke perbicaraan oleh Tribunal Universiti dan dituduh melakukan kesalahan disiplin dibawah seksyen 16 (c) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
Bagaimanapun kesemua mereka telah dibebaskan dan dibuktikan tiada kes.
Bantah disertai lebih 18 organisasi mahasiswa seluruh negara memperjuangkan supaya sistem e-voting bagi PRK akan datang dimansuhkan kerana didakwa terdapat bayak ruang yang boleh dimanipulasi dan disalahguna pihak berkepentingan.
Beberapa memorandum bantahan juga telah diserahkan kepada pelbagai pihak termasuk kepada Menteri Pengajian Tinggi (KPT) agar hasrat itu dikaji semula.
Walaubagaimanapun, pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia belum berhasrat untuk melakukan sistem ini pada pilihanraya kampus UKM yang dijadualkan pada bulan Januari nanti.
10 comments:
korg tkut kalah sbb tu nk bnth..cbe la postif skit..jgn asek nk ckp org wt keje xbtul je..cbe tgk kt UUM tu gm dorg blum penah sblm ni..tetiba buat sistem tu e-undi dorg mng?..ape ce?..
apa isu nya? Pernah kah sesiapa yang nak bantah turut serta dengan perwakila lain yang datang sendiri untuk lihat secara dekat semasa penerangan sistem e-UNDI? Bagaimana sistem tersebut dijalankan? Ada wakil MPP yang pada tahun sebelumnya bantah habis-habisan sistem e-UNDI dan tahun berikutnya menang dengan sistem yang sama. Macamana tu?
saya sokong.. bantah buta tuli je! cuba ckp kenapa suke sgt GM selalu bantah je semua benda.. orang diatas penat memikirkan cara untuk memudahkan kita.. semua bantah!!! bantah bantah bantah!
klu buat e voting klu pihak GM mnang...
pas 2 mesti da xbantah dah...haha btol x??
ketelusan adalah prinsip kepimpinan ~
telus dalam sistem..telus dalam bicara..juga telus dalam beramal..
=)
Telus ke kalau pakai kertas? Pernah ke kita sama2 periksa sistem e-UNDI serta cara implementasinya sebelum buat bantahan. Kalau kita beramal pun lagi lah susah nak tentukan samaada telus atau tidak memandangkan tiada apa yang boleh diaudit samaada secara hardcopy atau softcopy, tak ada log, dan tak boleh check connectivity...hanya anatara kita dan Yang Maha Esa.
Mohon berikan point2 yang dibantah dan cuba buktikan samaada ianya telus atau tidak? Berikan alternatif cara lain bagaimana e-UNDI perlu dilaksanakan? Kenapa bila ingin sebarkan maklumat guna cara blog ini yang sebahagian dari sistem ICT? Kenapa yang ini boleh pula guna ICT, tweet sana sini, FBooking sama sini, tegur sana sini, sebar maklumat sana sini guna ICT. Percaya pulak ketelusan blog, tweeter dan facebook, tapi rasa tak telus bila tiba kepada e_UNDI. Kenapa pada satu sudut guna habis-habisan ICT yang awam pulak tu tanpa ragu2 tentang keselamatan maklumat dan ketelusan? kalau kita boleh menggunakan blog untuk mengembangkan sayap untuk memimpin dan mengarap sokongan... maka kita juga kena bersikap terbuka untuk memberikan peluang agar ICT digunakan dalam pemilihan perwakilan. Yang penting peluang untuk menang adalah sama-rata..level playing field.
alamak...biar lah wujud sistem demokrasi tu...keadilan mesti ditegakkan,kezaliman harus di pancungkan...setiap org berhak untuk bersuara,so open minded laah skeet
Jangan la jumut sangat pemikiran anda tue..kalau tak nak kemajuan, hang pa semua pg bljar kat taman negara je la.jangan masuk ukm...cuba la bagi idea yang bernas skit dari asyik dok bantah je..gm tak bermoral betul la..makin lama makin sewel korang nie!
cube ko terangkan maksud GM sewel tuuh..knapa korang hanya berani bersuara kat blog je...knapa tak pernah nak bersemuka ngan dak2 GM...sape yg sewel skang
laaa mmg ni tmpt utuk bersuara.. hahahah
Post a Comment