Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, February 21, 2011

Ayuh Keluar Mengundi!


Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengambil kesempatan di celah-celah kehangatan Pilihanraya Kampus (PRK) 2011 ini untuk mengucapkan selamat berjuang dan semoga berjaya di dalam acara penting tahunan buat mahasiswa Malaysia ini. GMUKM mengharapkan rakan-rakan aktivis telah bersedia untuk ‘berpencak’ menghadapi mehnah dan provokasi yang sengaja ditimbulkan pihak-pihak tertentu.

Sesungguhnya generasi yang kita idamkan selayaknya adalah generasi yang cakna dengan isu-isu semasa. Sama ada isunya dekat atau bersifat nasional dan global, sekurang-kurangnya kita menjadi generasi yang peduli dan prihatin dengan perihal tersebut.

Kini di sudut  demokrasi di kampus, ada disediakan ruang dan peluang untuk kita menyuarakan apa yang kita kehendaki. Gunakan ruang ini sebaik-baiknya dengan ramai-ramai kita keluar mengundi pada tarikh yang ditetapkan oleh Universiti.

Di UKM, kemenangan pertama sebermula pihak Aspirasi UKM semakin kucar-kacir apabila segelintir penyokongnya berpecah dan membentuk gerakan baru bersifat ultra-Melayu. Dan seterusnya kini sudah kedengaran pertembungan-pertembungan yang melibatkan pertikaman lidah apabila GMUKM dihalang daripada masuk berkempen di kolej-kolej kediaman biarpun kita sudah mendapat surat kebenaran daripada pengetua.

Terbaru, beberapa helai ‘banner’ juga dilaporkan telah dicabut biarpun dipasang tidak sampai sejam. Juga ada sebuah kes polis telah dilaporkan berkenaan ugutan terhadap seorang siswi yang mengancam untuk merogolnya jika dia turun berkempen untuk GMUKM.  Ini jelas sekali melanggari etika sebenar seorang mahasiswa!

GMUKM menyeru kita tanpa mengira perbezaan fahaman akan sentiasa mengamalkan politik nilai. Jangan lacurkan nilai seorang mahasiswa semata-mata untuk satu, dua kerusi MPP.

Buat rakan-rakan mahasiswa UKM, UM, UPM, USM dan UTM, ayuh bersama-sama kita keluar mengundi hari ini!

Realisasi Varsiti.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !