Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, February 15, 2011

Raikan Pesta Demokrasi !



Assalamu'alaikum & selamat sejahtera buat rakan-rakan mahasiswa UKM.

Sepertimana yang kita maklum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengadakan pemilihan bagi ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2010/2011. Aktiviti tahunan ini akan berlangsung pada 21 Februari 2011 ekoran notis pembubaran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) telah dikeluarkan semalam.

Berikut adalah perincian jadual sepanjang berlangsungnya proses pemilihan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada kali ini:
  • 14 Feb 2011: pembubaran PMUKM dan borang calon MPP dikeluarkan di JPPel.
  • 17 Feb 2011: penamaan calon di fakulti bagi calon fakulti dan Pusanika bagi calon umum.
  • 17 Feb 2011 - 20 Feb 2011 : tempoh berkempen bagi semua calon
  • 21 Feb 2011: hari pengundian di kolej kediaman

Rakan-rakan boleh menyemak tempat mengundi pada PRK sesi kali ini dengan ke link : -  https://smp.ukm.my/mpp/su000semak.cfm

Kami di peringkat Gabungan Mahasiswa mengharapkan kerjasama dan partisipasi yang penuh dari semua rakan-rakan bagi memastikan perayaan demokrasi UKM pada kali ini dapat berlangsung dengan penuh meriah dan semangat demokrasi.

Kami menggesa agar semua yang terlibat pada pemilihan MPP pada kali ini dapat mengamalkan politik nilai dan menjauhi politik fitnah dan perkauman.

1 comments:

MUHAMMAD SUKRI SUPI said...

salam ziarah..sedikit ralat dlm entri ini..mohon perhatian.

(Aktiviti tahunan ini akan berlangsung pada 21 Januari 2011 ekoran notis pembubaran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) telah dikeluarkan semalam)

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !