Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, February 17, 2011

Sekitar Hari Penamaan PRK 2011



Musim Pilihanraya Kampus (PRK) kembali! Tanggal 17 Februari 2011, hari Isnin seperti dijanjikan GMUKM berjaya mengumpulkan rakan-rakan mahasiswa yang semakin meyakini GMUKM sebagai wadah perjuangan mahasiswa bagi bumi UKM ini.

Seawal 7.45 pagi, kelibat penyokong-penyokong GMUKM yang berpakaian serba ungu mewarnai Dataran Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) dalam acara perarakan sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini. Biarpun kelibat kali ini agak kurang berbanding tahun lalu ekoran Hari Penamaan Calon ini berada di tengah-tengah musim peperiksaan pertengahan semester (mid-sem exam) bagi Kampus Bangi, namun kemeriahannya masih tetap sama malah lebih hebat berbanding tahun lalu.






Diwarnai suara Pengerusi MAMPU, saudara Firdaus Azam sepanjang jalan yang mengetuai perarakan, dan ‘banner’ panjang bertulis ‘MAHASISWA MEMACU PERUBAHAN’ dan ‘BER-GM LEBIH BAIK’  nyata berjaya menarik tumpuan mahasiswa yang sedang ke kelas.

Ralat sekali tidak seperti tahun lalu, pihak Aspirasi sekadar menunggu di Pusanika dengan ‘banner’ yang ditempah khas untuk hari penamaan ini, jelas mengundang pertanyaan adakah pihak Aspirasi sudah ‘tewas sebelum berjuang’ ? Rata-rata penyokong Aspirasi pada kali ini juga dibarisi muka-muka lama walau ada segelintir beberapa orang penyokong yang baru.




Seusai proses penamaan dan sesi bantahan, tepat 12.15 tengahari pegawai bertugas mengumumkan calon-calon yang berjaya bertanding bagi semua kerusi. Episod sama seperti tahun lepas, kerusi bagi Fakulti Pengajian Islam (FPI) Tahun 3 diumum telah dimenangi Zaim Juwaidi  apabila tiada pihak lain yang tampil untuk bertanding untuk kerusi tersebut.

Sememangnya, Ber-GM Lebih Baik!





p/s : Berikut adalah senarai nama calon-calon mahasiswa yang bakal menggalas amanah dalam PRK sesi kali ini.

UMUM TAHUN 1 DAN 2
            1.    Noraini binti Jumahir
3.    Haziq Asyraf bin Dun
10.  Mohamad Arief bin Othman
11.  Muhamad Azan bin Safar
14.  Mohd Fadhlan bin Sugiman
15.  Mohamad Fariq Fitri bin Mohd Salleh
16.  Nurazidah binti Mashan

UMUM TAHUN 3 DAN 4

         2.    Mohd Abdullah bin Mohamed Yusoff
4.    Muslimah binti Marsi
6.    Muhammad Harith bin Abdul Kadir
10.  Aida Rahayu binti Mohd Badri
11.  Wan Ahmad Fahmi bin Wan Abdul Hamed

FAKULTI

FAKULTI
KERUSI
NAMA CALON MAHASISWA
NOMBOR CALON
FPI
1 & 2
Mohd Ikram bin Darus
1
3
Mohd Zaim Juwaidi bin Jamaluddin
Menang tanpa bertanding
FPend
Seluruh fakulti
Mohd Izuddin bin Pisol
2
FST
1 & 2
Siti Hajar binti Yusoff
3
1 & 2
Mohd Hazim bin Haznan
4
3 & 4
Nor Amalina binti Sazali
2
3 & 4
Nur Mardhiah Kamarudin
3
FSSK
1 & 2
Sharbini bin Shaari
1
1 & 2
Mohd Ezuan bin Mohd Saad
4
3
Nurul Jawahir binti Md Ali
2
FKAB
1 & 2
Roslina binti Sahidin
1
3 & 4
Mohd Faizal bin Ahmad
2
FTSM
Seluruh fakulti
Raihan ‘Afifah bt Mohd Yusof
1
FEP
1 & 2
Mohd Rizki bin Moi
2
3 & 4
Ahmad Muzammil bin Mohd Hairi
2
FUU
Seluruh fakulti
Phang Siew Chin
1
FPer
1 & 2
Kamarul Hatem bin Muhammad
1
3,4 & 5
Mohamad Idrul bin Mohamad Daud
2
FFar
Seluruh fakulti
Nurul Akma binti Zulkiefli
2
FSKB
1 & 2
Farah Syazwani binti Hj Salman
2
3 & 4
Murni binti Soeid
2

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !