Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, September 28, 2011

MESTI BACA : Menjawab hujah 'matang' Aspirasi

Berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Aspirasi terutama dalam isu Pesta Konvokesyen ke-39, GMUKM berasa bertanggungjawab untuk membetulkan beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh Aspirasi terhadap Sekretariat Pesta Konvokesyen dan PMUKM.



PERBUATAN SABOTAJ
1. Hairan bin Ajaib, mengapa Aspirasi tiba-tiba melatah apabila perbuatan mensabotaj Pesta Konvokesyen UKM disiarkan di dalam dada akhbar? Pihak PMUKM sama sekali tidak menuduh Aspirasi yang melakukannya, tetapi cuma di peringkat PMUKM hanya berasa kesal dan terkilan dengan perbuatan tersebut.
2. Pihak GMUKM dimaklumkan bahawa perkara tersebut masih dalam proses siasatan pihak Wisma Aman. Maka, cabaran Aspirasi kepada Sekretariat Konvokesyen untuk membuat laporan polis seolah-olah menggambarkan Aspirasi sentiasa ketinggalan maklumat dan sekadar menuduh tanpa usul periksa.
3. Tuduhan Aspirasi terhadap Sekretariat Pesta Konvokesyen kononnya telah memalukan nama universiti di atas insiden banner yang disembur cat, Aspirasi seharusnya menghalakan tuduhan tersebut kepada pihak yang melakukan perbuatan sabotaj tersebut. Perbuatan tidak bertanggungjawab itulah yang memalukan nama Universiti. Mengapa Sekretariat Pesta Konvokesyen yang dizalimi pula dikatakan memalukan nama universiti?
4. Justeru itu adalah menjadi keperluan kepada PMUKM untuk menjawab pertanyaan media berhubung isu tersebut kerana ia jelas membabitkan nama PMUKM dan Universiti itu sendiri. Maka dalam hal ini, ia tidak harus dilihat memalukan nama Universiti tercinta ini.

PESTA KONVOKESYEN



1. Pengistilahan "Politik p***gung ayam’ adalah suatu momokan yang jelas tidak sopan dan tidak sewajarnya dikeluarkan oleh “sebuah persatuan yang matang serta mempunyai ahli-ahli yang berintelektual dan berintegriti” dan “terkenal dengan kematangan politiknya yang berteraskan kepada nilai dan keamanan”.  Selaku pertubuhan yang bernaung di bawah Rakan HEP juga, GMUKM mengingatkan agar semua pihak lebih menyuburkan politik nilai yang didasarkan dengan ilmu pengetahuan berbanding emosi yang dilihat keterlaluan. Gambar di bawah ini membuktikan ‘kesopanan’ yang terdapat pada ahli Aspirasi:



Kita amat yakin dan pasti bahawa mahasiswa yang matang sepakat menolak budaya negatif ini.

a. Dalam hal penganjuran Pesta Konvokesyen Ke-39 UKM ini, pihak Gabungan Mahasiswa UKM(GMUKM) bertindak menyokong sepenuhnya usaha-usaha yang baik dan murni yang digerakkan oleh ahli Sekretariat. Komitmen dan kesungguhan mereka dalam menangani mehnah dan tribulasi sepanjang perjalanan perancangan dan perlaksanaan Pesta Konvokesyen Ke-39 ini seharusnya mendapat pujian. Tambahan pula, sikap tidak profesional dan bertanggungjawab Sekretariat Pesta Konvokesyen terdahulu yang diketuai Aspirasi tidak menyerahkan apa-apa dokumen kepada Sekretariat Pesta Konvokesyen ke-39 menunjukkan wajah sebenar pemimpin mereka. Apakah mereka lebih suka melihat  Pesta Konvokesyen ke-39 ini gagal dan pihak Universiti mendapat nama buruk, semata-mata ingin 'membalas dendam' ?  Ironinya, mereka mengaku mereka adalah “sebuah persatuan yang matang serta mempunyai ahli-ahli yang berintelektual dan berintegriti”.

2. Tulisan-tulisan Aspirasi juga kebelakangan ini jelas menampakkan mereka kian ketandusan isu untuk dibawa. Secara jelas, tiada langsung laporan gerak kerja terkini MPP Aspirasi di dalam blog mereka. Yang banyak adalah artikel-artikel melulu dalam cubaan untuk menjatuhkan PMUKM yang diterajui Gabungan Mahasiswa. Secara sinis, GMUKM berpendapat, "buatlah blog atau fake profile Facebook sebanyak mana yang mampu, tapi kalau tak mampu 'update' kerja tiada guna juga.."

Justeru itu, GMUKM mencadangkan semua mahasiswa UKM menilai penulisan rasmi semua pihak dan mengimbanginya dengan neraca kebenaran. Kerana jelas, 'kebenaran tidak mungkin berbohong.Yang berbohong adalah si penipu.'

3. Gabungan Mahasiswa melihat dalam keghairahan Aspirasi  cuba menyerang, PMUKM masih konsisten dengan gerak kerja yang terkini. Terbaru PMUKM tetap komited dengan  perlaksanaan manifesto, secara berperingkat, penerbitan berkualiti tinggi Majalah UKM, penyelesaian isu Biasiswa JPA UKM yang lewat, Majlis Jamuan Raya PMUKM dan kejayaan melakar nama dalam The Malaysia Book of Record (MBOR). 

 "Bersama mahasiswa realisasi varsiti"


Pada masa yang sama, tiada liputan gerak kerja MPP Aspirasi yang dilaporkan melainkan tohmahan-tohmahan dan serangan-serangan yang tiada hujah.

 Barangkali matlamat Aspirasi adalah bukan untuk kebajikan mahasiswa, tetapi untuk menjatuhkan idealisme mahasiswa. Student Power!

Sekadar mengulangi pepatah Inggeris, “Action is always speak louder than word”.

3 comments:

Alif Yusof said...

Jika laporan sudah dibuat, baguslah. Semoga dapat ditangkap pelaku2 tu. x kira dari pihak mana pun, perbuatan tersebut memalukan UKM sebagai wadah ilmu bangsa

ukhtiutmuda said...

salam alif yusof di sini..untongla..salam mahasiswa, dari rakan matrikulasi.

TINTA GERIMIS said...

salam..wah...
entry yang mantap dan jelas..:))
tin kosong kalau disepak tetap akan berbunyi..
teruskan perjuangan sahabat2..saya terus menyokong. (n_n)// insyaallah~

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !