Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, September 15, 2011

MPP GM vs MPP Aspirasi ??



Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) jelak dengan sikap MPP Aspirasi yang hanya tahu 'cakap belakang' dan kelihatan 'takut' berhadapan dengan MPP GMUKM.

Buktinya beberapa orang MPP Aspirasi gemar bertindak menarik diri daripada jawatankuasa program-program yang diadakan oleh PMUKM yang diterajui MPP GMUKM biarpun program yang dirancang merupakan program anjuran biro mereka.

Daripada maklumat oleh MPP GMUKM, MPP Aspirasi juga kelihatan tidak bersedia mengeluarkan idea-idea dan sumbangsaran dalam mesyuarat pelaksana program. Ini menyebabkan matlamat mesyuarat gagal dicapai dengan baik dalam mesyuarat-mesyuarat yang diadakan.

Ini berbeza dengan MPP GMUKM yang sebelum ini walaupun sekadar menjadi wakil fakulti tetapi berjaya membina karektor pihak pencadang  dan menjadi pemikir-pemikir dan pelaksana program yang baik. 

Berdasarkan 'track record' MPP GMUKM juga pada sesi-sesi sebelum ini telah berjaya mengadakan Karnival Generasi Qurani dan Karnival Ilmu yang diadakan di Pusanika yang mendapat sambutan hangat daripada para peserta. Melalui program-program yang bersifat serantau inilah maka lebih ramai mahasiswa yang 'celik' dan semakin proaktif dalam melakukan gerak kerja.

MPP Aspirasi pula dilihat kini gagal mencadangkan sebarang program sebaliknya hanya sekadar mempromosi kelab mereka di kolej-kolej selain cuba menghidupkan kembali blog-blog yang kemudian ditinggalkan kembali.

1 comments:

siswi said...

salam mahasiswa.

hehe macam biasa la tu, mpp aspirasi dalam PMUKM buat-buat x ada idea.nanti bila ada kesalahan / kecacatan dalam program mesti akan cakap MPP GMUKM gagal.PMUKM x pandai buat kerja.

seharusnya sebagai team dalam PMUKM, tidak kira siapa anda maka jagalah imej yang gah itu.x malu ke bila org kata PMUKM teruk, padahal yang buat jadi teruk tu org dalam tu jugak yang BUSUK KAKI dan BUSUK HATI.MULUT patah lagi.

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !