Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, September 8, 2011

MMP : Minggu Mandulkan Pelajar ?

Minggu pendaftaran mahasiswa baru UKM dilihat tidak sepadan dengan namanya - 'Minggu Mesra Pelajar' malah dilihat lebih kepada 'Minggu Mandulkan Pelajar'.

Kenyataan kurang sopan ini terpaksa dizahirkan selepas pemantauan dan maklumat yang diperolehi daripada di kolej-kolej yang 'panas' mendapati pihak Pemudah Cara (PC) kolej sudah mula mendoktrin mahasiswa mengelak daripada didekati MPP GMUKM.




PC Kolej Berkhidmat Luar Waktu ?
Tidak cukup dengan pendoktrinan di kolej-kolej, PC-PC tersebut telah memberi amaran dan bertindak mengutip kembali pamplet penerangan PMUKM yang diedarkan sendiri oleh Exco PMUKM.

Tindakan biadab ini jelas menjatuhkan maruah kita sebagai mahasiswa kerana seolah-olah tidak memahami peranan masing-masing sama ada berfungsi di kolej kediaman mahupun di fakulti.

Walhal pihak pentadbiran fakulti dengan berbesar hati telah mengizinkan pengedaran risalah daripada Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) demi menghormati mandat yang telah diberi mahasiswa dalam proses Pemilihan MPP awal tahun yang lalu.

Aspirasi Kolej Jalankan Jarum Doktrinisasi
Maklumat sahih yang diperoleh juga mendapati terdapat segelintir JAKSA yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk memburuk-burukkan GMUKM.

Tindakan memaparkan video-video yang kononnya dilakukan oleh GMUKM jelas cuba memberikan imej yang buruk kepada GMUKM dan lari daripada matlamat asal Minggu Mesra Pelajar; fokusnya untuk memberikan maklumat-maklumat yang penting seperti kaedah perlaksanaan subjek ko-kurikulum dan taklimat-taklimat berkenaan kebajikan pelajar.

JAKSA kolej yang jelas membawa doktrin daripada Aspirasi dilihat tidak matang dengan menengking dan mengugut mahasiswa yang baru dua hari berada di UKM, untuk mendaftar di bawah Kelab Aspirasi kolej berkenaan dan mengugut bakal mendapat kesulitan sekiranya menyokong kepimpinan PMUKM yang diterajui GMUKM.

Pemudah Cara Digesa Bersikap Amanah
Seawal kita di Gabungan Mahasiswa memenangi Pemilihan MPP, kita telah menyedari akan risiko-risiko sebegini, malahan tidak mengharapkan dari awal untuk PMUKM berjaya menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diamanahkan rakan-rakan mahasiswa. Sedari awal itu juga kita sudah sentiasa bersiap sedia untuk menjalankan tugas-tugas sebagai pimpinan mahasiswa dalam kondisi yang perit dan sulit.

Walaubagaimanapun, risiko yang kita jangkakan adalah daripada JAKSA kolej dan bukan pihak yang lain; di atas kapasiti kita menyedari 'kuasa' yang ada pada JAKSA kolej untuk memburuk-burukkan GMUKM sebagaimana tahun-tahun terdahulu. Justeru itu, tindakan kebudak-budakan JAKSA yang cuba membodoh-bodohkan mahasiswa yang baru mendaftar kelmarin itu sudah dijangka lebih awal.

Namun kita mengharapkan peranan Pemudah Cara sama ada di Kolej atau Pusat untuk bertindak mengawal perkara ini dengan memaklumkan kepada Exco PMUKM, selari dengan peranan PMUKM yang telah dipersetujui Timbalan Naib Canselor (HEPA).

Namun dengan insiden-insiden yang tidak profesional yang berlaku semalam, GMUKM dengan ini menggesa PC yang dilantik supaya lebih matang daripada JAKSA kolej dan bekerjasama dengan PMUKM. Pemudah Cara juga harus berpijak di bumi yang nyata bahawa kuasa yang ada pada mereka adalah terhad dalam tempoh sebulan di Bulan Mesra Pelajar ini semata-mata sedangkan peranan PMUKM adalah sepanjang tahun sehingga Pemilihan MPP seterusnya diadakan.

Pesanan Buat Pemegang Amanah BMP
Satu pesanan ringkas yang ingin disampaikan kepada rakan-rakan di pihak lawan, GMUKM tidak memerlukan perisik-perisik(spy) dalaman untuk mendapatkan maklumat berkenaan apa yang terjadi di kolej-kolej kediaman anda, kerana selaku pihak yang benar-benar memperjuangkan hak mahasiswa, sangat ramai mahasiswa yang baru mendaftar semalam telah menghubungi kami di GMUKM dan PMUKM untuk menyalurkan maklumat-maklumat yang terkini.

Isu-isu panas seperti pemberian tender barang-barang MMP yang berlegar kepada kroni-kroni kakitangan, dengan ditambah pakatan konspirasi mensabotaj PMUKM oleh pihak atasan kolej telah awal diketahui; cuma belum sampai masa didedahkan.

Dan yang lebih penting untuk diingatkan, bukti-bukti ketidakadilan layanan terhadap PMUKM dan mahasiswa baru telah banyak dikumpul dan bakal didokumentasikan.

Ingat selalu pesanan orang tua-tua; "Berani kerana benar, takut kerana salah"

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !