Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, September 8, 2011

GMUKM Kesal Tindakan Tidak Profesional Pihak Kolej

Tindakan 'double standard' oleh sesetengah kolej kediaman terhadap PMUKM yang diterajui Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) pada Hari Pendaftaran mahasiswa baru UKM semalam menimbulkan tanda tanya di kalangan mahasiswa.

Jika sebelum ini hak PMUKM telah dinafikan dalam organisasi Pemudah Cara Minggu Mesra Pelajar (MMP) pada kali ini, maka pada kali ini mahasiswa turut kebingungan apabila PMUKM pada sesi kali ini terus-menerus dinafikan hak untuk masuk melawat dan memantau perjalanan proses pendaftaran mahasiswa UKM.

Walhal PMUKM yang dibentuk kini merupakan badan yang diperakui telah dipilih oleh mahasiswa melalui proses Pemilihan MPPP yang rasmi dan demokrasi.

PC Halang MPP GMUKM
Maklumat yang diperolehi terdapat sebilangan kolej kediaman terang-terangan menghalang MPP GMUKM daripada memasuki kawasan pendaftaran mahasiswa baru dengan mengadakan sekatan di pintu masuk ke kolej berkenaan.

Lebih memalukan apabila tindakan seorang PC Kolej yang merupakan bekas calon Aspirasi kelihatan terlampau beremosi dengan mengherdik dan menengking seorang MPP GMUKM siswi di khalayak ramai sedangkan MPP tersebut hanya berbual-bual dengan mahasiswa yang baru mendaftar. Ini sekaligus mencemarkan imej Universiti di mata ibu bapa yang baru menghantar anak-anak mendaftar semalam.

Pihak Kolej 'Double Standard'
Persoalan yang timbul juga, kenapa terdapat sebilangan pihak kolej kediaman yang enggan membenarkan PMUKM masuk untuk melawat proses pendaftaran sedangkan ia sudah menjadi amalan saban tahun.

Adakah kerana PMUKM pada kali ini diterajui oleh MPP Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), maka ruang untuk masuk ke kolej-kolej ditutup serapat kerana takut akan 'fenomena Ungu' (Baca : mungkin?)

Atau, adakah kerana prestasi Exco PMUKM pada kali ini yang lebih efektif dan efisen dalam menyelesaikan isu-isu mahasiswa telah 'menghantui' dan menakutkan pihak lawan; yang hanya tahu bersembunyi di balik kelibat kakitangan pentadbiran ?

'Budi Bicara' Ikut Suka ?
GMUKM juga nyata terkilan dengan tindakan segelintir kakitangan kolej yang mudah menafsirkan frasa 'BUDI BICARA' mengikut kepentingan mereka. Secara terang-terangan terdapat MPP Aspirasi menginap dan berkeliaran di dalam kolej berkenaan dalam masa yang sama MPP GMUKM dihalang daripada pintu masuk lagi.

Ironinya peranan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) yang telah ditubuhkan sedari awal penubuhan UKM adalah berkhidmat untuk mahasiswa pada bila-bila masa dan di mana-mana jua sama ada di fakulti, kolej kediaman mahupun kawasan-kawasan umum yang lain. Tetapi apabila peranan tersebut telah dinafikan, maka atas keperluan apakah PMUKM ditubuhkan ? Adakah peranan PMUKM perlu dikaji semula dan perlu tertakluk kepada 'budi bicara' kondisi dan masa juga ?

MPP Aspirasi Jelas Bermuka-Muka
Tindakan tidak bijak seorang pemimpin MPP Aspirasi yang cuba meraih simpati juga nyata dikecam oleh rakan-rakan mahasiswa.

Status laman sosial 'Facebook' dia yang mengatakan PMUKM bermuka-muka dan tidak memberikan ruang kepada dia dalam slot bersama fakulti pada pagi ini jelas songsang dan kelihatan cuba membohongi rakan-rakan sekalian.

Untuk makluman, pada pagi ini telah diadakan slot penerangan dan pendaftaran kursus di fakulti. Justeru, pihak Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF) atau Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang ingin ruang slot perlu berbincang dan mengatur dengan pihak pentadbiran fakulti.

Dan ironinya, pemimpin MPP Aspirasi tersebut juga sebenarnya telah tiba lewat dan slot bersama fakulti sudah tamat, justeru tiada ruang untuk beliau berucap.

Justeru itu, tidak timbul soal PMUKM bermuka-muka atau tidak memberikan ruang kepada mana-mana pihak sama ada di Gabungan Mahasiswa atau Aspirasi.

GMUKM Kesal Tindakan Tidak Profesional Pihak Kolej
Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) sekali lagi melahirkan kekesalan di atas tindakan kebudak-budakan sebilangan kolej kerana jelas tidak memahami dan menghormati peruntukan di dalam Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 dalam klausa (10) Peranan MPP yang menggariskan dengan jelas fungsi MPP adalah memantau dan memastikan kebajikan pelajar dijaga setiap masa.

Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

4 comments:

Hilman Idham said...

Kah3,
tiba2 GMUKM sokong AUKU

Aqal Serabut said...
This comment has been removed by the author.
azmanrazali said...

AUKU mula disayangi GMUKM

muin said...

komen kene remove lagi, kenape admin, terkena ke....?

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !