Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, November 18, 2014

PENCABULAN DEMOKRASI KAMPUS




Hari ini merupakan hari gelap buat demokrasi kampus UKM. Pesta Demokrasi Mahasiswa yang dilancarkan oleh pengerusi GMUKM bertujuan membawa arus politik baru yang menerapkan nilai-nilai keadilan dan kebersamaan telah dicabul oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Timbul isu pencabulan hak demokrasi terhadap kempen calon-calon Gabungan Mahasiswa UKM di kolej Pendeta Za`ba pada malam ini. Wujud hasutan supaya mengosongkan kafetaria sewaktu kempen di Kolej Pendeta Za`ba. Sebelum ini, di kolej Aminuddin Baki berlaku salah guna kuasa di peringkat felo bagi membatalkan calon-calon Gabungan Mahasiswa. Saya juga yakin hal ini juga berlaku di sebahagian kolej yang lain bagi mengekang pergerakan kempen.
Di peringkat Gabungan Mahasiswa UKM tidak akan tergugat dengan hasutan picisan sebegini. Kami tetap dengan pendirian bahawa mahasiswa patut diberikan ruang seadilnya untuk berkempen tanpa sebarang birokrasi yang menyusahkan proses pilihan raya kampus. Kita meraikan jika ada perbezaan ideologi tetapi tidak pernah akur dengan kezaliman yang berlaku.
Syahir Rahimi
Speaker Gabungan Mahasiswa

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

1 comments:

Micheal said...

Heard that UKM former student scandal in Singapore. Is it her name is Ong Sheue Yin?

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !