[ PENDEDAHAN 1: KOLEJ AMINUDDIN BAKI ]
Rentetan daripada kenyataan yang kami keluarkan beberapa hari lepas berkenaan dengan campurtangan pihak pentadbiran Kolej yang mempergunakan MEP untuk memudahkan dan memastikan kemenangan Aspirasi dalam Pilihanraya Kampus. Kami ditanya oleh Mahasiswa secara peribadi dan mereka meminta penjelasan atau bukti kepada perkara itu. Dengan itu, kami berasa terpanggil untuk mendedahkan apa yang berlaku dengan lebih jelas.
Sebenarnya peristiwa ini berlaku bermula semenjak Minggu Mesra Pelajar lagi. Pada masa tersebut kami masih memberi ruang untuk melihat sejauhmana tindakan pihak terbabit. Namun, peristiwa pada kali ini semakin menjadi-jadi apabila ada pihak pengurusan kolej yang menyalahgunakan MEP untuk memudahkan kerja Aspirasi.
Pada 5 November 2014 bersamaan Hari Rabu jam 11.00 malam, kami menerima aduan daripada Mahasiswi Tahun 1 Kolej Aminuddin Baki yang mengatakan bahawa sebilangan MEP(wanita) kolej tesebut melakukan lawatan bilik ke bilik di Blok wanita (K5C dan K5D). Mereka melakukan survey kepada Mahasiswa mengenai manakah pilihan mereka semasa PRK nanti dan pelbagai persoalan lagi yang ditanya mengenai Pilihanraya Kampus. Kami menggangarkan kejadian berlaku sekitar jam 10 – 11.30 malam.
Untuk makluman, sebelum ini Kolej Aminuddin Baki terkenal dengan gelaran kolej Neutral (tidak berpihak kepada mana-mana parti politik kampus). Pada masa tersebut merupakan zaman kegemilangan kolej Aminuddin Baki kerana banyak menerima anugerah kejayaan (pemenang Sukem, Perbarisan, dan pelbagai lagi). Namun, setelah masuknya En. Nizam(Ex pengurus Za’ba) ke kolej Aminuddin Baki, banyak perubahan yang berlaku terutamanya sumbangan beliau dalam menghilangkan nama ‘‘Kab sebagai kolej yang neutral’’.
Dengan kenyataan ini, saya menyeru agar Mahasiswa tidak takut dengan sebarang ugutan dan paksaan kerana Mahasiswa itu sendiri mempunyai Idealisme dan mampu menilai sesuatu perkara dengan baik. Mahasiswa juga mempunyai hak dan kebebesan untuk mengundi pihak yang mereka sukai. Saya memohon agar Pihak pentadbiran kolej Universiti Kebangsaan Malaysia untuk berkelakuan dengan lebih adil dan saksama bagi kedua-dua belah pihak.
Muhammad Syahir Rahimi B Sukri
Speaker Gabungan Mahasiswa UKM
Speaker Gabungan Mahasiswa UKM
Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!
0 comments:
Post a Comment