Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, November 7, 2014

PIDATO AUTONOMI MAHASISWA [ Pengerusi GMUKM ]



[ PIDATO:AUTONOMI MAHASISWA ]
Alhamdulillah, terimah kasih saya ucapkan kepada semua mahasiswa/i yang dapat hadir malam tadi di Kiosk FEP untuk mendengar Pidato Umum yang dianjurkan oleh GMUKM yang bertajuk Autonomi Mahasiswa. Pidato tersebut juga berjalan dengan baik tanpa apa-apa gangguan mana-mana pihak dan itu membuat saya tertanya-tanya, adakah mereka sudah ‘sedar’ tentang penggunaan sudut pidato?.
Antara panel yang hadir pada program tadi ialah saudara Arif Misrol (MantanSpeaker PMUKM 10/11),saudara Azan Safar (Mantan Presiden GAMIS) dan Saudara Abdullah Abd Karim (Mantan YDP PMUKM) .Mereka merupakan tokoh-tokoh mahasiswa alumni UKM yang pernah mencipta sejarah yang tersendiri dalam dunia politik kampus.Tujuan kami menjemput mereka adalah jelas, untuk berkongsi cerita, serta pengalaman mereka ketika mereka di alam kampus dan penceritaan apakah yng dimaksudkan dengan Autonomi Mahasiswa.
Pada pengamatan saya, pada hari ini kuasa mahasiswa telah dicabuli oleh pelbagai pihak, khususnya oleh UMNO dan Barisan Nasional. Banyak sejarah telah dilakar oleh mahasiswa contohnya seperti mana yang berlaku di Universiti Malaya pada era 60-70an malah hari ini! Kini, Apa yang telah berlaku dalam sejarah telah membuktikan bahawa peranan mahasiswa dalam sebuah masyarakat ataupun negara dianggap picisan.
Merenungi kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Saidina Ali k.w.j.:“Bukanlah orang muda yang hanya mengatakan: ‘Ayahku begini!’, tetapi orang muda adalah yang mengatakan: ‘Ini aku!’”, bukanlah sejarah itu yang ingin gila-gila dinostalgiakan, tetapi sekadar untuk menghirup roh dan semangatnya serta diimplikasikan kepada mahasiswa sekarang.
Jika mana kita belek sejarah yang lampau tentang PMUKM itu sendiri,kita boleh lihat bagaimana autonomi mahasiswa pada zaman tersebut sungguh gagah dan berkuasa, walaupun pada hari ini autonomi tersebut diragut sedikit demi sedikit oleh tangan-tangan halus dalam pentadbiran. Kita hari ini mahu melihat cebisan kuasa atau hak mahasiswa itu dikembalikan sebagai contoh PMUKM menjalankan tugas dalam menjaga bagunan PUSANIKA yang kita tahu Bangunan itu adalah pusat aktiviti pelajar, apa salah jika PMUKM memegang tugas ini untuk mahasiswa uruskan.
Abdul Kahar Hamzah,
Pengerusi GMUKM.

Moving Forward! Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !