Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, April 26, 2011

Part-time Call Girls ?

Sekadar gambar hiasan

Pernah tak anda dengar atau lihat pelajar-pelajar universiti buat kerja sambilan sambil belajar? Ia merupakan senario biasa bagi anda apabila melihat pelajar universiti bekerja secara ‘part –time’ di kedai serbaneka, butik, restoran mahupun cyber cafe. Namun begitu, tahukah anda bahawa di sebalik kerja sambilan yang ‘biasa-biasa’ itu, ada sesuatu yang lebih menarik untuk dikongsikan mengenai kerja ‘part-time’ yang dilakukan oleh segelintir mahasiswi-mahasiswi pengajian tinggi.

Call Girls! Anda mungkin terkejut atau mungkin juga sudah tahu akan kewujudan kerjaya yang satu ini dalam kalangan mahasiswi-mahasiswi universiti mahupun kolej. Bagi mereka yang kurang arif tentang perincian makna ‘call girls’ ini, penulis bersedia untuk berkongsi serba sedikit maksud di sebalik panggilan ini.

CALL GIRLS
Call Girls atau "Gadis panggilan”, merujuk kepada seorang pekerja seks yang tidak kelihatan pada mata kasar masyarakat umum . Pendek cerita masyarakat tidak atau kurang menyedari akan kewujudan mereka. Golongan ini tidak bekerja di rumah pelacuran atau mana-mana agensi kelab malam secara tetap atau khusus, namun khidmat mereka masih boleh didapati dengan cara menghubungi terus kepada empunya diri melalui telefon. Ada juga di antara mereka yang berani mengiklankan perkhidmatan mereka di majalah dan dan Internet, dengan tujuan lebih mudah untuk mendapatkan pelanggan.

Apa tugas Call Girls? Kalau dah namanya pelacur sambilan, mesti tugasnya juga sama seperti pelacur. Berpakaian seksi yang menjolok mata memang wajib bagi meraih perhatian dan minat pelanggan. Melayan, menghibur dan bermesra dengan pelanggan pula merupakan tugas utama bagi seorang Call Girls. Pegang-pegang dan raba-raba bukanlah sesuatu yang janggal atau aneh. Malahan tidak keterlaluan jika penulis katakan, khidmat Call Girls ini boleh digunapakai sehingga ke bilik tidur! Di situlah letaknya harga seorang Call Girls yang perlu dibayar oleh pelanggan.

Mengapa mesti jadi Call Girls? Alasan klise yang sering dikaitkan dengan individu yang terlibat dengan masalah sosial ini ialah mereka datang daripada keluarga yang bermasalah, perceraian ibu bapa dan juga desakan hidup yang dibelenggu kemikinan lalu memaksa mereka terjebak dengan aktiviti tidak bermoral ini. Tidak cukup dengan itu, menjadi Call Girls boleh menjanjikan pulangan wang ringgit yang lumayan dalam masa yang singkat tanpa perlu berusaha keras membanting tulang empat kerat! Hanya perlu melayan dan mengikut ‘kehendak serta kemahuan nafsu lelaki hidung belang’ , Call Girls mampu memperoleh jumlah wang yang banyak untuk menampung pengajian mereka di univeristi.

Memang tidak dinafikan bahawa, selain berdepan dengan tekanan untuk menamatkan pengajian, para pelajar perlu memikirkan kos pengajian yang semakin meningkat dari masa ke masa. Itu belum termasuk kos makan minum, tempat tinggal, pengangkutan, dan sebagainya. Agak ‘masuk akal’ juga alasan yang mereka berikan ini walaupun tidak boleh diterima akal oleh masyarakat luar!

Sekadar mengimbau, pernah suatu ketika dahulu kecoh mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa "menjadi pelacur" bagi membiayai kos pengajian mereka. Kementerian Pengajian Tinggi diminta segera menjalankan siasatan menyeluruh mengenai isu yang dipandang serius ini kerana ia bukan sahaja menjejaskan nama baik IPT tetapi juga demi menyelamatkan masa depan mereka yang terbabit.

Apa yang dibimbangi oleh masyarakat ialah isu pelajar IPT 'terpaksa' melacur menjadi barah yang lebih parah jika tidak diubati. Ia bukan sahaja boleh mendatangkan persepsi negatif masyarakat terhadap pelajar universiti dan memberikan imej buruk kepada universiti itu sendiri, malahan ia bakal menyumbang kepada gejala sosial yang lain termasuk kes buang bayi, jangkitan HIV dan AIDS dan penagihan dadah.

Masyarakat juga diminta agar lebih berfikiran terbuka dan tidak terburu-buru membuat andaian dan melemparkan persepsi buruk terhadap golongan ini kerana kita sendiri sedia maklum bahawa cabaran kehidupan sebagai seorang pelajar IPT hari ini cukup hebat. Konklusinya, bertuah dan bersyukurlah anda sekiranya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang ‘cukup sifat’ yang mampu menjaga kebajikan dan keperluan anda. Namun bagi mereka yang serba kekurangan, jalan singkat yang memudaratkan ini mungkin jadi pilihan.


* Artikel asal diperoleh di laman sesawang Malaysian Digest

1 comments:

Rashid said...

Moga pelajar UKM tidak terlibat dengan gejala ini semua ..

Ingat sakit .. ingat mati. InsyaAllah terhindar dari semua ini.

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !