Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, May 9, 2011

PMUKM : ANTARA KENYATAAN DAN PROVOKASI SIMPATI

Merujuk kepada spekulasi dan momokan simpati yang cuba dimainkan oleh beberapa MPP Aspirasi baru-baru ini (8 Mei 2011), GMUKM melihat ini merupakan sebuah provokasi yang tidak berasas dan dilihat cuba menjatuhkan kredibiliti MPP GMUKM.Terdapat banyak penyelewengan maklumat yang cuba disebarkan oleh pihak Aspirasi semata-mata ingin memenuhi kehendak dan kepentingan politik mereka.

Mengenai isu penggantungan yang kononnya dijatuhkan oleh Speaker PMUKM kepada Saudara Kamal Ali, ternyata ianya merupakan suatu fitnah yang cuba diwujudkan untuk meraih simpati daripada masyarakat kampus.

Realitinya, di dalam mesyuarat PMUKM yang lepas, Saudara Speaker hanya mengingatkan supaya Saudara Kamal Ali menjaga adab ekoran tindakan yang dilakukan oleh beliau jelas dilihat agresif dan biadab lantas diberi amaran untuk digantung sekiranya sikap tersebut diteruskan.

Pada masa yang sama, tiada MPP, selain Setiausaha PMUKM, yang dibenarkan untuk membuat rakaman oleh Speaker untuk mengelakkan kekeliruan & pemanipulasian maklumat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Namun tidak semena-menanya, disebabkan tidak dapat mengawal kemarahannya, Saudara Kamal Ali serta beberapa MPP Aspirasi lainnya mengambil tindakan terus keluar daripada mesyuarat dan mengganggap dirinya (Kamal Ali) sudah digantung daripada mesyuarat PMUKM.Tindakan beberapa MPP Aspirasi keluar dewan mesyuarat jelas mempunyai agenda tersembunyi dan dilihat sangatlah tidak beradab dan cuba menghina pihak Speaker serta ahli mesyuarat PMUKM yang lain.

Berhubung isu demokrasi, ruang yang sama rata telah diberikan kepada semua ahli mesyuarat baik bagi MPP GMUKM mahupun MPP Aspirasi untuk bertanya soalan serta memberi pendapat, cuma terhadap beberapa soalan teknikal sahaja yang boleh dibincangkan di luar mesyuarat untuk menjaga masa agar mesyuarat tidak terlalu lama sehingga ke tengah malam sedangkan banyak lagi perkara utama (main focus) yang ingin dibincangkan.

Jika ingin berbicara soal demokrasi, PMUKM sesi 2011/2012 secara telusnya antara yang banyak memberi ruang demokrasi yang banyak jika ingin dibandingkan dengan tahun-tahun lepas di bawah pemerintahan Aspirasi. PMUKM sesi lepas sahaja sudah tampak jelas betapa banyak penafian hak yang dilakukan oleh Aspirasi. Antaranya, dinafikan hak sebagai exco, tidak dijemput dalam pembentangan taqwim dan belanjawan PMUKM serta jemputan-jemputan lain, antaranya daripada KPT sendiri. Namun, dalam sesi pemerintahan GMUKM, tiada MPP yang tidak diletakkan di bawah exco untuk bergerak kerja, semuanya diberi secara sama rata agar semuanya dapat menjalankan tugas dan menjaga kebajikan pelajar dengan baik.

Di sini, GMUKM sekalipun tidak menyimpan dendam terhadap segala penindasan yang telah pihak Aspirasi lakukan selama 7 tahun.  Pihak MPP GMUKM sentiasa membuka ruang kepada semua ahli MPP Aspirasi serta seluruh masyarakat UKM untuk berdepan bagi membicangkan segala tindakan PMUKM samada bangkangan mahupun cadangan demi menjaga mutu serta kredabiliti PMUKM ke arah yang lebih baik. Tidak timbul soal tidak demokrasi dan sekatan daripada bersuara seperti yang dicanangkan oleh pihak MPP Aspirasi.

Pihak MPP GMUKM seboleh-bolehnya ingin mengambil pendekatan neutral dan tidak ingin mencetuskan kontroversi yang tidak diingini. Segala yang baik, kita akan terima dengan hati yang terbuka dan segala yang tidak baik, kita akan cuba membuat perubahan moga-moga PMUKM kali ini dapat berfungsi dengan lancar dan teratur.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !