Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru : Istimewa dari AKSIS



Masih belum terlambat untuk Angkatan Siswi Dinamis (AKSIS) mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik seluruh Malaysia. Pendidik bukanlah golongan yang sekadar mengajar tentang patah-patah perkataan dan ilmu didalam buku, namun yang paling penting menjadi tenaga yang membantu pelajarnya ketika jatuh tersadung akar ujian atau luka terpijak duri kehidupan.

Bertemakan 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara',sambutan hari guru pada tahun ini jelas menunjukkan kewibawaan golongan ini didalam agenda mengubah pendidikan negara. Malah, transformasi yang dicanangkan seharusnya tidak sekadar berfokus kepada kemajuan akademik dan mengabaikan elemen spiritual,emosi,fizikal,sosial dan sebagainya.

"Peranan guru bukan sekadar mengajar tetapi mendidik di mana beliau berperanan mengasah minda dengan ilmu akademik dan membentuk jiwa anak didiknya sehingga mampu melahirkan generasi minda kelas pertama. Pelajar yang dilahirkan seharusnya mampu untuk berfikir secara matang dan terbuka tanpa tekanan daripada mana-mana pihak." ulas Nurhidayu Rosli,duta Aksis mengenai peranan guru.

Realitinya, sistem pendidikan pada hari ini tidak dapat mampu melahirkan modal insan yang berkualiti, dimana secara jelas wujud pemisahan diantara akademik dan elemen-elemen penting seperti yang disebutkan sebelum ini.

" Demi melahirkan modal insan yang mampu menjadi pemangkin pembangunan negara pada masa hadapan,adalah amat penting untuk kita menyedari hakikat keberkesanan sistem tersebut didalam melahirkan individu yang diidamkan. Perkara ini perlu diambil serius, agar insan yang di impikan bukan sekadar terbentuk di dunia khayalan bahkan secara realiti mampu untuk menggalas tugas memimpin negara dimasa hadapan. Jika semalam, belia diseru untuk menjadi kreatif dan inovatif, maka hari ini, guru seharusnya membantu dalam usaha mencapai harapan tersebut." respon Noraini binti Jumahir, MPP UKM.

Guru adalah bersifat istimewa kepada semua insan. tanpa guru,siapalah kita pada kala ini. sekali lagi ditegaskan,guru bukan sekadar cikgu yang mengajar kita didalam kelas di sekolah. Malah guru yang paling bermakna adalah guru yang melorong kita dalam menjalani hidup ini.

" Ketika kita mengenang jasa baik guru-guru disekolah dan pusat pengajian, jangan sesekali kita lupa jasa guru pertama yang gigih mendidik kita sejak kita lahir ke muka dunia,iaitu ibubapa kita. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari guru buat semua warga pendidik, dan belum terlewat kiranya saya mengucapkan juga salam istimewa buat golongan ibu yang bertarung nyawa melahirkan anaknya kedunia.Selamat hari Ibu diucapkan.Juga kepada belia harapan agama dan negara, selamat hari belia buat semua, moga-moga setiap belia mampu untuk menjadi pendidik kepada masyarakat " Azidah binti Mashan, MPP UKM.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !