SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan Canselor UKM, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), di sini, kira-kira jam 11.45 pagi semalam kerana angin ahmar.
Baginda mengadu sakit kepala dan tidak selesa kira-kira jam 8.10 pagi dan berikutan itu dua pakar perunding kanan HTJS, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K Sree Raman, dipanggil ke Istana Hinggap di sini untuk memberikan rawatan.
Ketika dua pakar itu tiba di istana pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan baginda dibawa ke HTJS untuk rawatan segera dan pada jam 11.45 pagi, Baginda menghembuskan nafas yang terakhir di sisi Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin dan anak baginda, Datuk Seri Tuanku Puteri Jawahir serta dua cucu.
GMUKM mengucapkan belasungkawa atas kemangkatan baginda. GMUKM amat menghargai jasa Baginda yang telah memberikan komitmen padu dalam menjadikan UKM sebagai university terkehadapan di Malaysia ini.. Marilah kita sama-sama membaca Al-Fatihah ke atas Allaharhum Baginda. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda. Amin
BANGI : Gempar..Satu berita yang sahih telah dihantar ke gm_ukm@yahoo.com menyatakan bahawa Pilihanraya kampus UKM akan diadakan pada 15 Januari 2009 manakala tarikh penamaan calon akan diadakan pada 8 Januari 2009.
Bengkel Bakal calon juga akan diteruskan seperti biasa dan akan diadakan pada 1 hingga 4 Januari di A fAMOSA Resort. Desas-desus kedengaran juga bahawa pada tahun hadapan, pusat pengundian tidak lagi diadakan di Kolej, sebalikinya akan diadakan di Fakulti sepertimana tuntutan memorandum yang dikemukakan 0oleh GMUKM pada Oktober lalu.-mks
BANGI : Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menyifatkan pewartaan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 (AUKU) yang melibatkan 61 pindaan pada 11 Disember lalu oleh Dewan Rakyat sebagai mengecewakan dan tidak profesional.
Hal ini kerana kesemua fasal dalam pindaan AUKU telah diluluskan tanpa adanya pindaan yang sebelum ini disuarakan oleh mahasiswa seperti pemusatkan kuasa di pihak menteri, keterbatasan mengeluarkan pendapat dan pelaksanaan AUKU secara terpilih.
Setiausaha Kerja GMUKM, Hishamuddin Abdullah menyifatkan pewartaan AUKU (Pindaan) 2008 jelas tidak memuaskan hati para mahasiswa yang mahukan diri mereka dilayan seperti warganegara berumur 21 tahun ke atas.
“ Pindaan ini telah berjaya mengunci mulut dan mengikat tangan mahasiswa daripada memberikan pendapat serta bersuara dalam pelbagai bidang dan hanya dibolehkan dalam pengkhususan pengajian mereka sahaja manakala sebum mahasiswa memberi pendapat dalam sesuatu majlis, majlis tersebut hendaklah diluluskan oleh menteri dan ini sesuatu yang pelik dalam suasana kebebasan maklumat ini”, ujarnya
Dalam Seksyen 15 (6) (b) AUKU (Pindaan) 2008 telah diperuntukkan bahawa mahasiswa hanya dibenar bersuara dalam hal berkaitan akademik dan dibenarkan memberi pendapat dalam seminar dan simposium dengan syarat majlis tidak dianjurkan atau diberi peruntukan kewangan oleh parti politik, pertubuhan menyalahi undang-undang serta pertubuhan, badan atau kumpulan yang dikenal pasti oleh menteri sebagai tidak sesuai.
Tambahnya lagi bahawa pindaan ini turut menyekat hak mahasiswa untuk menganggotai parti politik dan kebenaran hanya dibolehkan apabila segala butiran peribadi diberikan kepada Naib Canselor untuk kelulusan dan rekod Universiti melalui peruntukkan Seksyen 15 (4) Akta AUKU ini.
“ Persoalan di sini ialah beberapa ramai yang berani memberikan butiran peribadi kepada pihak Universiti berkaitan parti politik yang ingin dianggotai mereka dan adakah terdapat jaminan bahawa data tersebut tidak digunakan sebagai ugutan ataupun kawalan pihak Special Branch?”, Soalnya.
“ Tidakkah pelik apabila mahasiswa dibenarkan mengundi parti politik, tetapi dilarang menjadi anggota parti sedangkan mahasiswa luar negara boleh menyertai politik melalui Kelab UMNO luar negara dan alasan sekiranya tugas mahasiswa adalah belajar dan bukan berpoltik merupakan hujah sempit dan tidak memahami bahawa politik itu luas, iaitu termasuk pendidikan politik, isu politik, politik non-partisan dan sebagainya,” ujarnya.
Langkah pewartaan AUKU itu juga, katanya jelas bahawa peruntukkan hak mahasiswa berpolitik tidak lagi sepenuhnya dilakukan dalam AUKU baru ini walaupun ada pengecualian, dan pihak kerajaan masih tidak dapat menerima hakikat bahawa mahasiswa perlu terlibat dalam politik seiring dengan hak mereka mengundi setelah berumur 21 tahun di negara ini.
“ Selain itu mengapa tidak diwujudkan peruntukkan undang-undang berkaitan sikap menteri dan Naib Canselor serta Lembaga Pengurusan Universiti yang bertindak diluar bidang kuasa (ultra vires) dan menzalimi mahasiswa yang tidak bersalah?,” Soalnya.
Hishamuddin menambah bahawa GMUKM turut menerima beberapa pindaan yang dilakukan dalam Akta AUKU 2008 ini yang menurut beliau, hak semulajadi mahasiswa kerana mempunyai nilai demokrasi yang selari dengan undang-undang negara dan perlembagaan negara.
Antaranya pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di kampus, mereka yang melakukan kesalahan mengikut AUKU, tidak lagi akan dihadapkan ke mahkamah dan akan hanya dihadapkan di Tribunal Universiti, diberikan peluang yang munasabah untuk didengar (right to be heard) atas sesuatu tuduhan sekiranya ia dibawa ke hadapan tribunal serta pelajar boleh melibatkan diri dengan mana-mana organisasi sama ada di dalam dan di luar universiti tempatan atau luar negara .
Walaubagaimanapun menurut beliau, ia tidak lebih sekadar kosmetik yang menutup mulut ramai pengkritik sedangkan dari segi prinsip dan falsafah, jelas AUKU 2008 tetap mendiskriminasi mahasiswa sebagai seorang warganegara merdeka.
“ AUKU Pindaan 2008 ini tidak lebih sekadar gincu merah yang menyembunyikan kehodohan AUKU itu sendiri yang jelas membunuh hak asasi mahasiswa dan dilayan sebagai warganegara kelas kedua”
“ Tidak bolehkah mahasiswa dilayan seperti warganegara lain dalam soal kebebasan menganggotai politik, kebebasan bersuara, hak untuk melakukan semakan ke atas kuasa menteri dan juga hak untuk memilih persatuan yang digemarinya selari dengan perlembagaan negara?”, Soalnya.
Katanya, pindaan itu dilakukan ekoran perkembangan semasa geopolitik negara selepas Pilihanraya Umum lalu yang menunjukkan protes pengundi muda terutama mahasiswa kepada kerajaan dan pindaan dilihat sebagai satu pindaan tidak ikhlas dan bukannya untuk kebajikan serta hak asasi pelajar universiti.
“ Sebenarnya, rakyat Malaysia sudah mengakui bahawa AUKU diletakkan sebaris dengan DraconianActs seperti ISA 1960, Akta Hasutan 1948, Akta Media Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan beberapa Akta lain yang bersifat kezaliman kepada rakyat Malaysia dan untuk itu, GMUKM ingin mecadangkan kepada pihak kerajaan agar mengubah perspepsi tersebut dengan memansuhkan terus Akta tersebut,” ujarnya
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan kekesalan dengan tuduhan melulu Yang Berhormat Datuk Tajuddin Abdul Rahman , yang menyatakan bahawa mahasiswa malas membaca dan menyatakan ucapan ahli parlimen Pasir Salak itu telah mengguriskan 0.7 juta mahasiswa di negara ini
GMUKM mendesak ahli Parlimen itu memohon maaf kepada seluruh mahasiswa di 20 institusi IPTA dan 500 IPTS di seluruh negara termasuk mahasiswa di luar negara.
“ Memang diakui ada mahasiswa yang malas membaca tetapi bukan semuanya mahasiswa bersifat demikian dan tidak boleh dikatakan kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semua orang terkena palitan lumpur tersebut,”
Katanya lagi bahawa pihak Aspirasi yang dibonekakan oleh Hal Ehwal Pelajar inilah yang menyebabkan wujudnya sindrom tersilap-didik (miseducate) mahasiswa dari sudut keintelektualan kerana pihak Aspirasi ini secara faktanya, lebih suka menganjurkan penganjuran program bercorak hedonisme yang menyebabkan mahasiswa malas untuk menjadi ’ulat buku’.
Satu pertandingan menulis telah dilancarkan oleh Seketriat Media GMUKM. Pertandingan Karya Mahasiswa, yang bertemakan Pilihanraya Kampus, mengkehendaki seluruh mahasiswa untuk menulis tentang PRK. Dari sudut mana sekalipun, asalkan berkaitan dengan Pilihanraya Kampus, pihak Urusetia akan menerima penyertaan tersebut.
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh mahasiswa dan hasil penulisan hendaklah hasil penulisan sendiri. Penulisan hendaklah tidak melebihi 500 patah perkataan dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Disember ini.
Penulisan yang sudah siap, hendaklah dihantar ke alamat gm_ukm@yahoo.comberserta dengan nama, no telefon dan alamat email peserta. Hadiah menarik akan diberikan bagi 5 karya yang terbaik dan karya tersebut akan disiarkan di blog ini. Segala penyertaan anda akan dirahsiakan oleh pihak urusetia. Jom menulis, jadikan menulis sebagai gaya hidup anda.
Diberitakan bahawa seorang mahasiswi UKM, Saudari Nur Amalina Abdullah, Pelajar tahun 3 Fakulti Pengajian Islam sedang mengalami keadaan kritikal. Beliau dikatakan mengalami penyakit kronik yang dikatakan oleh pihak Dr sebagai tidak mempunyai harapan untuk sembuh.
GMUKM amat simpati terhadap nasib mahasiswi ini. Sesuai dengan falsafah ke-3 GMUKM itu sendiri yang ingin menjaga kebajikan mahasiswa tanpa mengira kaum, pihak GMUKM ingin meminta para umat islam berdoa dan melakukan solat hajat agar beliau dapat kembali sembuh dan meneruskan pengajiannya di UKM ini.
Semoga Allah menyembuhkan penyakit yang dialami oleh beliau..Amin
Pengundian dua diskusi umum telah ditutup. Bagi pengumpulan fakta kes Pilihanraya Kampus 07/08, daripada76 responden, seramai 36 atau 47% telah menyatakan bahawa mereka telah diugut oleh Felo/Pengetua/Aspirasi, 17 atau sebanyak 22%) responden mengakui bahawa mereka tidak tahu kewujudan GM menyebabkan mereka memangkah Aspirasi, dan 17% atau13 responden menyatakan bahawa mereka diberi rasuah merit oleh Kolej. Paling mengejutkan ialah seramai 10 respondeng membuat pengakuan bahawa mereka adalah pengundi hantu.
Pengakuan-pengakuan di atas membuktikan bahawa segala dakwaan yang dikeluarkan oleh GMUKM selama ini adalah benar dan bukannya fitnah. Memang terdapat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan oleh pihak pentadbiran terutamanya pengetua kolej untuk memenangkan pihak Aspirasi. GMUKM berikrar bahawa segala penyelewengan akan ditentang pada PRK tahun hadapan dan awas kepada pihak terbabit, mahasiswa sedang mengadili anda mulai sekarang.
Saya diugut oleh Felo/Pengetua/Aspirasi
36 (47%)
Saya diberikan rasuah merit oleh Kolej
13 (17%)
Saya sebagai pengundi hantu
10 (13%)
Saya tidak tahu kewujudan GM menyebabkan saya memangkah Aspirasi
17 (22%)
Dalam pengundian berkaitan sama ada GMUKM atau Aspirasi akan menang dalam PRK ini dengan majoriti besar atau kecil, telah memperlihatkan hasil keputusan yang agak mengejutkan dan menepati telahan ramai pihak sebelum ini.
Dengan seramai 149 Responden, seramai 63 orang atau 42 peratus telah memilih bahawa GMUKM akan menang majoriti besar pada PRK kali ini. Manakala 39 responden iaitu kira-kira 26 peratus telah memilih bahawa dalam PRK kali ini, Aspirasi akan menang dengan majoriti besar.
Sementara itu, melalui pengundian itu juga, seramai 39 orang mahasiswa telah mengundi untuk menyatakan bahawa GMUKM akan menang dalam PRK kali ini tetapi dengan majoriti yang kecil. Sebaliknya 16 peratus atau 25 responden memilih untuk mengundi bahawaAspirasi hanya menang tipis dalam PRK kali ini.
Daripada pola pengundian di atas, jelas bahawa GMUKM mendapat kepercayaan ramai pihak untuk mentadbir PMUKM akan datang. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa mahasiswa mahukan perubahan dan udara yang segar dalam kepimpinan UKM. Sama ada menang dengan majoriti kecil atau besar, itu soal kedua bagi mahasiswa tetapi paling penting, mahasiswa mahukan perubahan dan harapan baru. Semoga tahun 2009 akan menjadikan tahun harapan yang baru buat mahasiswa UKM
GMUKM akan menang majoriti besar PRK kali ini
63 (42%)
GMUKM hanya menang majoriti kecil dalam PRK kali ini
22 (14%)
Aspirasi akan menang dengan majoriti besar dalam PRK kali ini
Jelas dan nyata bahawa penganjuran Bengkel BAKAL calon anjuran TNC HEPA dan En Zamri serta Pn Rosmayu (Pondokong Utama TSB, Tunjang Semangat Burhan), adalah mempunyai agenda muslihat yang boleh kita fikirkan bersama. Antara dalil mengapa Bengkel Bakal Calon itu dikatakan sebagai muslihat mereka ialah :
1.Bengkel ini semata-mata diadakan bagi mengetahui identiti calon bukan Aspirasi, yang nama akan diblack list serta diugut dan mungkin akan dibuang kolej.
2.Bengkel ini juga bertujuan untuk menyusahkan calon malahan mengagalkan hasrat calon untuk ke menjadi calon semasa PRK nanti. Notis yang dikeluarkan pada 18 November (3 hari sebelum UKM ditutup dan bercuti), hantar borang sebelum 19 Disember dan akhir sekali, kena terima surat tawaran pada tarikh 2 minggu dan gram (1 Jan – 14 (19 Disember juga???). Hairan. Nampak sangat perancangan sulit dan tergesa-gesa.
3.Di UPSI, Bengkel sama dibuat dan mereka didoktrinkan agar jangan bertanding atas kumpulan dalam Bengkel tersebut. Pihak Aspirasi dan Pro Mahasiswa sama-sama bercampur gaul dan mereka didoktin agar patuh dengar arahan pihak pentadbiran walaupun ia menzalimi mahasiswa. Hasilnya, walaupun calon pro mahasiswa mendapat undi tertinggi, tetapi ia dinafikan hak untuk menjadi Presiden yang dibolot oleh Aspirasi yang banyak helah itu.
4.Bengkel ini lebih kepada ke arah untuk menapis calon-calon yang akan bertanding. Kalau nak kata untuk soft skill calon, pihak Aspirasi pun akan buat bengkel Calon pada 24 Hb ni di Port Dickson. Buatpa bengkel dua kali untuk bakal calon?
5.Bengkel ini bertujuan ke arah matlamat yang lebih jauh lagi. Ke arah untuk menjadikan pemilihan MPP seperti pemilihan JAKSA, yang dipilih sendiri oleh pihak pentadbiran, yang akan menghapuskan demokrasi dalam kampus. Perancangan jahat ini bertujuan agar pihak pentadbiran boleh memilih mahasiswa yang ibarat tukang angguk dan membahayakan negara akan datang.
Di peringkat GMUKM, kami dengan tegas ingin menyatakan bahawa :
1.Kami menggesa agar bengkel itu ditukar daripada Status WAJIB kepada UMUM dan terbuka kepada semua Juga diterangkan secara detail di mana tempat akan dijalankan program tersebut.
2.Bengkel itu boleh dilangsungkan. Malah dialu-alukan tetapi mestilah dibuat
kepada calon MPP yang menang, agar duit negara tidak dibazirkan begitu sahaja.
3.Tiada penapisan terhadap bakal calon yang menghantar borang untuk pergi ke bengkel. Semua orang adalah layak ke Bengkel selepas menghantar borang tersebut.
Jelas bahawa pihak pentadbiran cuba bermain wayang dengan mahasiswa. Sebelum ini memang kedengaran campurtangan daripada pihak pentadbiran dan tahun inilah paling serius cmpurtangan tersebut. Mereka tidak sedar bahawa mereka bukan lagi mahasiswa. Mereka adalah bukan mahasiswa, mengapa mahu bersilat sama dalam gelanggang mahasiswa
GMUKM melihat bahawa pihak pentadbiran cuba menjadikan sistem PRK memihak kepada mereka, selepas mood mahasiswa tidak lagi menyebelahi anak emas mereka, si Aspirasi yang track recordnya gagal memimpin mahasiswa. Amaran kepada golangan tua, jangan campuri urusan anak muda yang berjiwa patriotik seperti kami. Ingatlah kata-kata Hassan Al Bana- ”Berilah aku 100 orang anak muda (mahasiswa) yang kuat dan bermoral, nescaya aku akan goncangkan dunia ini dengan anak muda terbabit”. Fikirkanlah wahai golongan bukan mahasiswa, gelanggang anda sebenar adalah diluar kampus, bukannya di dalam kampus yang kecil ini.
Khabar angina bertiup kencang bahawa TNC Hal Ehwal Pelajar kita, Datuk Wahid Samsuddin akan disaman oleh mahasiswa. Turut akan diheret ke mahkamah ialah Mejar Bersara Housaini, Ketua Wisma Aman.
Saman ini akan dimulakan prosidingnya oleh mahasiswa ke atas kedua-dua tertuduh itu atas kesalahan melakukan jenayah terhadap mahasiswa. Sarjan Housaini dikatakan memukul mahasiswa sehingga mendatangkan kecederaan dan TNC HEPA dipertanggungjawabkan atas perlakuan pegawal keselamatan yang terletak dalam bidangkuasanya.
Wartawan GM dikhabarkan bahawa saman tersebut berjumlah RM 1 juta menuntut gantirugi kecederaan, saman malu dan gantirugi am. Dikatakan juga bahawa beberapa peguam terkenal sudah sepakat dengan mahasiswa terbabit untuk membawa mereka ke muka pengadilan.
Menurut salah seorang peguam hak asasi yang terkenal, beliau menyatakan bahawa sekiranya rakyat biasa boleh menyaman raja-raja atau sultan atas perlakuan peribadinya, apatah sangat sekiranya mahasiswa menyaman pihak pentadbiran atas perilaku jenayahnya itu.
“ Peluang untuk memenangi kes ini amat cerah kerana terdapat bukti yang jelas bahawa kedua-dua tertuduh telah mendatangkan kecederaan kepada mangsa;” ujarnya peguam kepada wartawan GMUKM yang menemui beliau di pejabatnya baru-baru ini.
Terdapat beberapa saksi sudi menjadi saksi atas peristiwa pukul ke atas mahasiswa itu oleh En Housaini. Mejar yang telah lama bersara itu juga dikatakan individu yang bertanggungjawab memukul seorang lagi mahasiswa dalam peristiwa rampasan laptop pada 4 Mac yang lalu.
Sementara itu, menurut seorang pelajar Undang-undang UKM yang ditemui menyatakan bahawa itu adalah hak mahasiswa untuk mendakwa sesiapa sahaja yang melakukan jenayah ke atas diri mahasiswa hatta pengawai Universiti.
” Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap orang dilindungi oleh undang-undang dan semua orang ada sama disisi undang-undang tanpa ada berlakunya pendiskriminasian”
Tambahnya lagi bahawa ini adalah kali pertama mahasiswa menyaman seorang pentadbir Universiti dan peluang untuk menang adalah sah kerana sebelum ini, terdapat kes seorang mangsa ISA berjaya menyaman Menteri yang menjaga ISA dan juga negara Malaysia atas perlakuan jenayah yang dilakukan oleh pengawainya semasa beliau berada dalam tahanan ISA”,ujarnya
Dikatakan bahawa saman itu akan dimulakan di Mahkamah Bangi pada awal Disember hadapan.
Teka-teki pilihanraya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (PRK UKM) semakin menemui jawapannya. Terbaru, sumber daripada pihak Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) dan Pejabat HEP sendiri menyatakan bahawa PRK UKM akan dilangsungkan pada 15 Januari tahun hadapan.
Apa yang pasti ialah PRK UKM akan dilangsungkan selepas tarikh 4 Januari 2009. Hal ini kerana satu kursus Kepimpinan Bakal Calon Majlis Perwakilan Pelajar akan dilangsungkan pada tarikh 1 hingga 4 Januari tahun hadapan.
Melalui surat yang ditandatanganii sendiri oleh TNC HEPA, Dato’ Dr Wahid Samsudin, menyatakan bahawa kursus ini adalah wajib kepada mana-mana mahasiswa UKM yang akan menjadi calon MPP sesi 2008/2009 nanti.
Ini jelas satu perancangan sulit pihak pentadbiran yang dilihat telah campurtangan secara langsung ke dalam pilihanraya kampus, yang menjadi medan terbaik kepada mahasiswa untuk belajar erti demokrasi itu sendiri.
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), Saudara Ahmad Farhan Yusof berkata walaupun kursus itu bagus dari segi latihan daya kepimpinan dan pendedahan awal kepada calon, tetapi ia mempunyai satu agenda sulit untuk mengagalkan pencalonan pihak pro mahasiswa.
“ Kursus kepimpinan yang diwajibkan ini dilihat cuba untuk untuk memberikan satu suasana ketakutan atau culture of fear kepada mahasiswa yang dilihat pro kepada GMUKM, ”ujarnya.
Menurutnya, kursus bakal calon ini akan dijadikan oleh pihak HEP untuk membasuh minda mahasiswa yang bukan Aspirasi dan kemungkinan besar, pasti ada penarikan di saat akhir-akhir oleh calon yang bertanding atas tiket GMUKM akibat tekanan dan juga ugutan setelah identiti mereka diketahui oleh HEP dan Aspirasi.
“ Kami bukannya tidak mahu kursus kepimpinan, tetapi kenapa tidak laksanakan kursus kepimpinan selepas mahasiswa memenangi Pilihanraya Kampus dan bukannya sebelum PRK, kerana mahasiswa yang menjadi MPP perlu dipupuk kepimpinan, bukannya bakal calon yang mungkin tewas dalam PRK nanti,” katanya.
Beliau yang juga merupakan ahli Majlis Perwakilan Pelajar menegaskan bahawa GMUKM akan memanjangkan isu ini ke pengetahuan pihak media dan juga pihak Majlis Senat Univesiti terhadap isu ini.
Sementara itu, menurut Jurucakap GMUKM, Saudara Fareed Hamlud menyatakan bahawa pilihanraya kampus perlu bersikap terbuka dan adil, bukannya ditentukan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar itu sendiri.
“ Pilihnraya kampus adalah gelangang bagi mahasiswa dan penganjuran bengkel ini dilihat sebagai HEP yang mencaturkan calon mana yang boleh bertanding, mana yang tidak dan ini satu kezaliman kepada mahasiswa,” ujarnya.
Katanya lagi sekiranya ingin laksanakan bengkel juga, perlu lebih bersikap terbuka dan bukannya dihadkan kepada mahasiswa yang ingin menjadi calon sahaja kerana ia seolah-olah ada muslihat disebalik bengkel ini.
Beliau turut mempersoalkan kewajaran kehadiran bakal calon ke bengkel ini sebagai syarat untuk bertanding kerana ia dilihat sebagai satu syarat mutlak yang menafikan hak mahasiswa untuk bebas menjadi calon.
“ Penganjuran bengkel lebih bertepatan diadakan selepas pilihanraya kampus bagi memberi pendedahan kepimpinan kepada calon yang menang kerana sebelum ini, kita lihat bahawa kepimpinan mahasiswa Aspirasi walaupun menang, tetapi gagal untuk memimpin mahasiswa”, ujarnya kepada wartawan GMUKM.
Saudara Fareed turut menyatakan akan melakukan tindakan protes terhadap penganjuran bengkel ini dan meminta pihak bertanggungjawab yang mengadakan bengkel ini agar memberikan penjelasan kepada mahasiswa tentang isu ini.
“ Jangan salahkan mahasiswa sekiranya mahasiswa bertindak agresif melawan penipuan ini kerana mahasiswa bukannya seperti kerbau, yang boleh ditarik hidungnya sesuka hati”
“ Mahasiswa mempunyai maruah dan harga diri yang tidak boleh dipermainkan oleh pihak HEP yang selama ini telah banyak menzalimi dan menipu mahasiswa terutamanya dalam isu pilihanraya kampus”, katanya yang merupakan seorang aktivis mahasiswa UKM.
Bagi jurucakap GMUKM merangkap Setiausaha Kerja Pengerusi GMUKM, Saudara Hishamuddin Abdullah pula berkata bahawa tindakan pihak pentadbiran adalah satu bukti jelas bahawa mereka ingin terlibat sama dalam soal pemilihan wakil pelajar dan Pilihanraya Kampus.
“ Satu persoalan yang perlu dijawab ialah mengapa mereka yang berstatus bukan mahasiswa beria-ia masuk campur ke dalam urusan mahasiswa dan adakah ada nilai kepentingan politik luar apabila mereka berjaya memenangkan pihak Aspirasi itu? ” soalnya.
“ Pihak pentadbiran perlu sedar dan insaf bahawa pelajar bukannya budak sekolah tadika, yang perlu sentiasa dipantau pergerakkannya dan jika pemimpin negara pada masa akan datang lahir sebagai seorang pemimpin rasuah dan tiada pendirian, pihak pentadbiran perlu bertanggungjawab,” tegasnya.
Beliau kesal kerana bakal calon terpaksa mendedahkan identiti mereka sebelum hari penamaan calon dan apa-apa boleh berlaku antara tempoh penamaan calon itu dan sejarah pernah membuktikan bahawa bakal calon yang diketahui identitinya, akan diugut dan dihantar surat amaran kepada keluarga masing-masing malahan lebih dahsyat, dipukul oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“ GMUKM berpendirian tegas untuk tidak melayan sebarang peraturan anti-demokrasi oleh pihak pentadbiran dan akan memboikot kursus kepimpinan tersebut kerana ia tidak relevan dan terbukti mempunyai mala fide atau niat yang jahat;” tegasnya.
Tambahnya lagi bahawa Undang-Undang Pilihanraya Kampus tidak pernah menyatakan bahawa seseorang bakal calon perlu menghadiri kursus sebelum mereka layak mendaftarkan diri sebagai calon dan tindakan ini dilihat sebagai satu taktik kotor untuk memenangkan pihak Aspirasi pada PRK akan datang.
“ Paling mengejutkan ialah kuasa budi bicara HEP untuk menolak permohonan mahasiswa yang ingin ke kursus tersebut yang secara automatiknya, akan menutup ruang kepada bakal calon untuk mendaftarkan diri semasa hari penamaan nanti,” ujarnya yang juga merupakan seorang pemimpin mahasiswa UKM.
Notis pemnberitahuan kursus yang dikeluarkan oleh Pejabat TNC HEPA itu telah dikesan ditampal pada 17 November lalu di sekitar Pusanika. Bagi bakal calon PRK akan datang, mereka dikehendaki mengisi borang data diri secara lengkap dan dihantar sebelum 19 Disember ini. Satu tindakan yang dilihat oleh GMUKM sebagai tindakan desperado dan ultra vires (perlakuan di luar bidang kuasa) untuk menyegarkan kembali Aspirasi yang telah lumpuh selama ini akibat perpecahan dalaman dan juga kerana tiada ideologi perjuangan yang jelas dan menyakinkan.
GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) merupakan sebuah badan induk utama pro-mahasiswa di UKM kampus Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur. Bergerak secara komited memperjuangkan suara mahasiswa sejak awal penubuhannya pada 22 Ogos 2005 dengan menjadikan tiga elemen di bawah sebagai teras perjuangan GMUKM. (i) Kebajikan mahasiswa (ii) Keilmuan & Keintelektualan (iii) Penghayatan Falsafah UKM (iv) Pengantarabangsaan