Khabar angina bertiup kencang bahawa TNC Hal Ehwal Pelajar kita, Datuk Wahid Samsuddin akan disaman oleh mahasiswa. Turut akan diheret ke mahkamah ialah Mejar Bersara Housaini, Ketua Wisma Aman.
Saman ini akan dimulakan prosidingnya oleh mahasiswa ke atas kedua-dua tertuduh itu atas kesalahan melakukan jenayah terhadap mahasiswa. Sarjan Housaini dikatakan memukul mahasiswa sehingga mendatangkan kecederaan dan TNC HEPA dipertanggungjawabkan atas perlakuan pegawal keselamatan yang terletak dalam bidangkuasanya.
Wartawan GM dikhabarkan bahawa saman tersebut berjumlah RM 1 juta menuntut gantirugi kecederaan, saman malu dan gantirugi am. Dikatakan juga bahawa beberapa peguam terkenal sudah sepakat dengan mahasiswa terbabit untuk membawa mereka ke muka pengadilan.
Menurut salah seorang peguam hak asasi yang terkenal, beliau menyatakan bahawa sekiranya rakyat biasa boleh menyaman raja-raja atau sultan atas perlakuan peribadinya, apatah sangat sekiranya mahasiswa menyaman pihak pentadbiran atas perilaku jenayahnya itu.
“ Peluang untuk memenangi kes ini amat cerah kerana terdapat bukti yang jelas bahawa kedua-dua tertuduh telah mendatangkan kecederaan kepada mangsa;” ujarnya peguam kepada wartawan GMUKM yang menemui beliau di pejabatnya baru-baru ini.
Terdapat beberapa saksi sudi menjadi saksi atas peristiwa pukul ke atas mahasiswa itu oleh En Housaini. Mejar yang telah lama bersara itu juga dikatakan individu yang bertanggungjawab memukul seorang lagi mahasiswa dalam peristiwa rampasan laptop pada 4 Mac yang lalu.
Sementara itu, menurut seorang pelajar Undang-undang UKM yang ditemui menyatakan bahawa itu adalah hak mahasiswa untuk mendakwa sesiapa sahaja yang melakukan jenayah ke atas diri mahasiswa hatta pengawai Universiti.
” Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap orang dilindungi oleh undang-undang dan semua orang ada sama disisi undang-undang tanpa ada berlakunya pendiskriminasian”
Tambahnya lagi bahawa ini adalah kali pertama mahasiswa menyaman seorang pentadbir Universiti dan peluang untuk menang adalah sah kerana sebelum ini, terdapat kes seorang mangsa ISA berjaya menyaman Menteri yang menjaga ISA dan juga negara Malaysia atas perlakuan jenayah yang dilakukan oleh pengawainya semasa beliau berada dalam tahanan ISA”,ujarnya
Dikatakan bahawa saman itu akan dimulakan di Mahkamah Bangi pada awal Disember hadapan.
1 comments:
korang berani ke...
apabila satu perkara diorang keluar kan tentu kamu akn kalah..kamu skrg adalah pelajar..bkn nya orng lain
Post a Comment