Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, November 6, 2008

Mahasiswa Perlu Berubah Mulai Sekarang - Ustaz Firdaus(MPP FPI)




BANGI : Isu pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar UKM (MPPUKM) kecoh disebabkan oleh tindakan Hal Ehwal Pelajar yang cuba menutup pengetahuan mahasiswa berkaitan isu ini. Akibatnya, isu ini telah disiarkan oleh beberapa akhbar alternatif berkaitan pencabulan secara terang-terangan terhadap demokrasi kampus.





Pembubaran MPP UKM yang dikatakan pada 1 Oktober lalu, hanya dimaklumkan melalui sekeping surat dan dihantar ke fakulti-fakulti pada 21 Oktober lalu. Jelas bahawa kegagalan pihak HEP untuk menyiarkan pembubaran secara umum itu dilihat sebagai satu tindakan awal untuk bertindak lebih zalim lagi dalam mengekang kemaraan GMUKM memimpin mahasiswa di UKM ini.





Menurut Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun 2, Ustaz Firdaus Mukhtar Al-Hafiz, beliau menyatakan bahawa tindakan HEP adalah salah di sisi undang-undang PRK dan juga moral.





" Mengapa hal sepenting pembubaran MPP dibiarkan senyap tanpa sebarang tindakan agresif untuk menguar-uarkannya kepada mahasiswa UKM dan adakah ini petanda bahawa PRK pada tahun hadapan, akan menyaksikan lebih banyak lagi isu-isu pencerobohan terhadap hak demokrasi mahasiswa itu sendiri? Soalnya yang merupakan Presiden ISIUKM.





Menurutnya lagi bahawa MPP wajar dibubarkan pada 2 Oktober lalu tetapi kami di pihak MPP sendiri pun hairan mengapa dalam tempoh 10 hari dari tarikh tersebut, tidak dijadikan sebagai tarikh pembubaran calon dan seterusnya hari pengundian.





" Satu persoalan yang perlu dijawab ialah kemungkinan besar pelajar tahun 3 di Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Fakulti Sains dan Teknologi serta Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, akan diwakili oleh mahasiswa yang hanya dapat berkhidmat sepenggal sahaja dan ini akan menzalimi mahasiswa yang mengundi mereka dalam PRK akan datang,” tegasnya.





Jelas Ustaz Firdaus lagi bahawa walaupun PRK diadakan pada tahun hadapan, beliau yakin bahawa MPP yang bekerja untuk mahasiswa, akan dipilih berdasarkan kebolehan dan keupayaan, bukannya yang dikatakan pro Universiti tetapi gagal menjulang falsafah Universiti itu sendiri dan tidak melangsaikan segala manifesto yang ditaburkan semasa PRK yang lalu.





" Dalam islam sendiri mensyaratkan bahawa pemimpin yang dipilih mestilah adil dan layak menjadi seorang pemimpin, yang ibaratnya seperti kepala keretapi yang memandu mahasiswa agar tidak tergelincir di landasan yang sebenar,” ujarnya kepada wartawan GMUKM.





Tambahnya lagi bahawa mahasiswa perlu sedar dan arif akan perangai 'wakil rakyat’ masing-masing dan bukannya mengundi mengikut hawa nafsu kerana setiap undian mempunyai nilai tersendiri, dari segi agama dan juga moral itu sendiri.





" Pada PRK tahun hadapan, mahasiswa harus berubah untuk memilih pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab dan berwawasan. Bagi gelanggang PRK pula, disarankan agar padang perlawanan diratakan dan biarlah mahasiswa beradu kekuatan mereka sendiri dalam medan demokrasi”, tegasnya.





" Mahasiswa perlu sedar bahawa Universiti bukan tempat menimba ilmu kuliah semata-mata, tetapi perlu juga mempunyai ilmu memimpin, bagi latihan untuk menggantikan tempat para pemimpin kita yang akan turun daripada jawatan tersebut pada suatu hari nanti,” ujarnya yang juga merupakan seorang pemimpin mahasiswa yang bekaliber.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !