Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, November 15, 2008

Mahasiswa UKM sudah jelik dengan isu keselamatan terabai



Sah..Ini bukan fitnah semata-mata daripada GMUKM. Memang ia kejadian yang benar. Penyataan bahawa UKM bukan tempat yang selamat, merupakan yang tak dapat disangkal dan dinafikan lagi. Laporan akhbar daripada Kosmo! Jelas menceritakan segala-galanya. Mana peranan PMUKM? Kat nak jadi care-taker (kerajaan sementara) kerana PMUKM dah bubar. Tapi? Mengapa tiada tindakan agresif diambil? Berikut merupakan laporan akhbar Kosmo! pada hari ini

Kecurian komputer riba di UKM

Oleh ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@kosmo.com.my

BANGI - Para pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menetap di kolej kediaman kini dibelenggu kegelisahan apabila komputer riba mereka menjadi sasaran pencuri walaupun di simpan di dalam bilik.

Kejadian ini bukan disebabkan faktor kecuaian sebaliknya keadaan pintu bilik yang tidak selamat walaupun telah dikunci kerana kebanyakan bilik pelajar boleh dibuka hanya dengan menggunakan kad isian semula telefon bimbit.

Seorang pelajar, Siti Hajjar Mohd. Salleh, 20, berkata, bilik rakan sekelasnya dipecah masuk baru-baru ini dan komputer riba miliknya dicuri.

''Kawan saya pergi ke tandas selepas pulang dari kuliah tetapi apabila masuk semula ke bilik dia dapati komputer riba, telefon bimbit dan beg duit sudah lesap.

''Pada hal pintu bilik telah dikunci sebelum dia ke tandas dan sehingga kini tiada siapa yang ditangkap berhubung kes itu,'' dakwanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Siti Hajjar yang merupakan pelajar tahun dua jurusan Geologi juga mendakwa, pihak pengurusan kolej lambat bertindak walaupun para pelajar telah membuat aduan berhubung keadaan pintu bilik yang kurang selamat itu.

Katanya, bimbang kejadian yang sama berulang, dia nekad tinggal di rumah sewa walaupun ditawarkan kolej kediaman.

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Suzirina Muda, 25, memberitahu, kejadian kecurian komputer riba kini menjadi trauma kepada pelajar kerana membabitkan kerugian yang besar.- kosmo!15.11.2008

Sekiranya GMUKM diberi peranan menjadi wakil pelajar. Sudah pasti kejadian jenayah ini boleh dikurangkan dan dihapuskan secara sepenuhnya. Antara cadangan GMUKM berkaitan isu keselamatan ini ialah :

  1. Bekerjasama rapat dengan Balai Polis Bangi dan Kajang. On call bila-bila masa sahaja.
  2. Mewujudkan pos polis bergerak di sekitar UKM. Kalau boleh, pos itu dijaga oleh mahasiswa kita, daripada SUKSIS
  3. Mendesak Pengawal Keselamatan mengetatkan kawalan keselamatan di kawasan sekitar UKM. Kerja-kerja berkaitan intipan gerakan pelajar akan dilarang sama sekali dilakukan oleh Pegawai Keselamatan (Kalau GMUKM memerintah, kita bagi Aspirasi untuk menjalankan gerak kerja mereka juga. Inilah yang dinamakan demokrasi).
  4. Melatih pegawal keselamatan dalam hal-hal berkaitan siasatan jenyah. Supaya dapat menjadi cekap dan sistematik dalam menyelesaikan isu jenayah.
  5. Menampal pelbagai poster, pemberitahuan am, serta hebahan massa berkaitan isu keselamatan. Dari segi hukuman hinggalah kempen kesedaran tanpa menyembunyikan sesuatu kes (Sekarang sekiranya kes kecurian, prinsipnya ialah jangan heboh satu UKM
  6. Mendidik mahasiswa/I tentang ilmu pencegahan jenayah. Kita banyak pakar pencegah jenayah seperti Kamal Affandi Hashim, yang boleh memberikan pendidikan jenayah kepada seluruh mahasiswa UKM, untuk digunakan di kampus dan seterusnya hingga ke akhir hayat mereka hidup di dunia ini
  7. Mewujudkan CCTV di kawasan hitam dan dikenalpasti mempunyai kadar jenayah yang tinggi (Kos CCTV boleh dibiayai sekiranya amalan rasuah dapat diatasi)
  8. Terdapat penjenayah yang terdiri daripada mahasiswa. Justeru, pendidikan rohani bagi orang islam, moral, undang-undang, keintelektualan akan diberikan secara percuma dan akan dilakukan secara agresif dan konsisten.
  9. Pemimpin GMUKM akan cuba tiba ke tempat kejadian secara ’on call’ dan akan menyelesaikan kes ini dalam kapasiti sebagai seorang pemimpin pelajar.
  10. Bagi mangsa jenayah, kami akan mengusahakan pampasan setimpal serta penjenayah itu dibawa ke muka keadilan. Mangsa juga akan diberikan kaunseling dan semangat untuk mengatasi permasalahan ini.

Itulah cadangan yang akan dijadikan pegangan kepada GMUKM sekiranya dipeluang sebagai pemimpin pelajar. Jangan pula Aspirasi tiru cadangan ini kerana ia akan menunjukkan kelemahan anda memimpin dan merancang. Mahasiswa perlu sedar, bahawa tanggungjawab pemimpin untuk menjaga kebajikan mereka, tetapi jika diabaikan, adakah orang itu layak menjadi pemimpin, yang kita bayar mereka untuk tinggal di Kolej Kediaman secara percuma? Fikirkanlah.

Ayuh mahasiswa, berubahlah minda anda. Pemimpin PMUKM yang ada sekarang gagal untuk memimpin. Mereka lebih retorik daripada menjaga hal kebajikan mahasiswa UKM. Mereka lebih menjaga periuk nasi dan juga ’kekasih’ masing-masing daripada jaga kita semua sebagai pelanggan mereka. Insaflah dan sedarlah, bahawa pemimpin seperti ini wajib kita tolak. Justeru, jadikan tahun 2009 sebagai tahun perubahan. Tahun untuk menukar kepimpinan PMUKM yang sudah tidak relevan pada hari ini.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !