Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, November 4, 2008

Penyata Parlimen : Isu mahasiswa dibangkitkan

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]




Isu pilihanraya kampus yang tidak ditetapkan tarikhnya, isu ketidaktelusan PRK, pengurangan pelajar Akademi Pengajian Islam di UM, isu kejatuhan rangking dunia, isu rampasan laptop dan kezaliman terhadap mahasiswa telah ditimbulkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2009 peringkat dasar yang menyentuh perkara berkaitan pengajian tinggi. Ikuti perbahasan yang mlibatkan persoalan besar oleh Mahasiswa ini, yang telah berlangsung di Dewan Rakyat pada 3 November pada jam 11.33 pagi itu.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak timbulkan satu persoalan yang berbangkit di Universiti Malaya iaitu ada course-course yang ditawarkan iaitu di Akademi Islam yang tajuknya ataupun yang saya sendiri pernah ikuti iaitulah ‘syariah dan pengurusan’ iaitu ijazah yang ditawarkan kepada kami. Akan tetapi apabila keluar daripada universiti, graduate rupanya dia hanya iktiraf dalam syariah, pengurusannya tidak ada. Maksudnya kami hanya graduate dalam syariah, tidak lagi syariah dan pengurusan, syariah dan ekonomi, katanya tidak mendapat pengiktirafan. Saya minta kalau boleh menteri tolong lihat sedikit aspek ini. Ada yang syariah dan undang-undang tapi rupanya masuk dalam pasaran kerja JPA tidak iktiraf, jadi kita mintak sikit penjelasan.

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin:

Saya akan lihatlah perkara ini, kerana ini satu perkara yang baru dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Mengenai isu pengurangan pengambilan pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan perpindahan pelajar ke Universiti Sains Islam Malaysia yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam perbahasan dan bukan dalam pencelahan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat secara keseluruhan tidak berlaku pengurangan pelajar di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Jumlah pelajar baru yang ijazah pertama yang mendaftar di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada sesi 2006-2007 adalah seramai 291 orang, manakala sesi 2007-2008 seramai 361 orang dan unjuran kemasukan pada sesi 2009-2010 ialah seramai 455 orang. Dianggarkan terdapat pertambahan sebanyak 20% bagi sesi 2009-2010. Pada masa hadapan Universiti Malaya sememangnya merancang untuk meletakkan nisbah satu pelajar ijazah pertama dengan satu pelajar ijazah lanjutan sesuai dengan kriteria sebuah universiti penyelidikan. Mengenai isu perpindahan pelajar Sabah dan Sarawak yang belajar di cawangan Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan ke Universiti Sains Islam Malaysia pihak kerajaan bersedia menerima pelajar-pelajar tersebut sekiranya isu mengenai penajaan dan pembiayaan dapat diselesaikan oleh pihak-pihak yang terlibat. Penempatan pelajar-pelajar berkenaan ke Universiti Sains Islam Malaysia adalah amat bersesuaian memandangkan fokus universiti berkenaan adalah kepada aspek pengajian Islam.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Padang Terap dan

Yang Berhormat Lembah Pantai membangkitkan berkenaan dengan pilihan raya kampus dan campur tangan politik dalam universiti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Kepong agar tiada campur tangan politik dalam universiti sama ada daripada parti pembangkang ataupun pihak kerajaan. Selaras dengan itu, maka pihak kerajaan menetapkan dalam meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ataupun AUKU untuk menghalang pelajar-pelajar daripada menjadi ahli dan melibatkan diri dalam mana-mana parti politik semasa mengikuti pengajian di universiti. Mengenai tarikh pilihan raya dan E-voting, kementerian memberi kebebasan kepada setiap IPT dalam urusan IPT masing-masing selagi ia tidak menyalahi peraturan dan akta yang menjadi pegangan dalam hal-hal pentadbiran. Ini termasuklah dalam urusan wakil pelajar atau lebih dikenali sebagai pilihan raya kampus. Justeru Naib Canselor berkuasa untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya tanpa campur tangan kementerian bagi menentukan tarikh pilihan raya kampus yang sesuai agar tidak mengganggu urusan pembelajaran para pelajar dan menggunakan kaedah pemilihan yang bersesuaian dan adil kepada semua. Pendek kata pilihan raya untuk pelajar tetap diadakan tetapi tertakluk kepada Naib Canselor untuk tentukan tarikh yang sesuai tanpa mengganggu perjalanan universiti dan juga pembelajaran pelajar.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]:

Laluan. Yang Berhormat Timbalan Menteri baru-baru ini berlaku pilihan raya kampus, peratusan yang keluar mengundi terutamanya di sebelah Pantai Timur begitu mendukacitakan di bawah paras 50%. Saya melihat ada satu protes daripada mahasiswa sendiri terhadap sistem yang dijalankan termasuklah E-voting dan juga tentang tarikh pilihan raya yang dirahsiakan. Kurang daripada 50%

mungkin ini satu protes daripada mahasiswa sendiri.

Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin:

Soal jumlah peratusan yang keluar mengundi adalah tidak tinggi dan sebagainya, dari segi kementerian, kita mengambil sikap untuk tidak mencampuri atau pun untuk memainkan peranan masuk ke universiti untuk menyeru pelajar untuk keluar mengundi kerana saya anggap itu adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh kepimpinan pelajar itu sendiri selari dengan hasrat semua di sini yang mahukan supaya ada kebebasan dan kurang campur tangan kementerian dan politik dalam kampus. Jadi kita kena pastikanlah jangan ada kontradiksi dalam apa yang kena mahukan, dalam amalan dan sebagainya.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]:

Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apakah jaminan yang boleh diberi oleh pihak kementerian bahawa pilihan raya kampus setiap tahun mulai sekarang boleh dijalankan dengan telus tanpa campur tangan dari pihak pengurusan universiti. Setiap tahun kita mendengar laporan dan dakwaan ada harassment terhadap pelajar-pelajar yang anti-establishment, rampasan risalah, rampasan komputer dan serbuan ke dalam asrama. Sudi kah pihak kementerian membenarkan pihak SUHAKAM untuk menjadi pemantau atau Ahli-ahli Parlimen yang berminat untuk memastikan perjalanan pilihan raya kampus ini adalah benar-benar telus.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin:

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya ingat jumlahnya adalah terlalu kecil. Janganlah jumlah yang terlalu kecil dijadikan sebagai asas untuk kita mengubah segala perkara yang telah membawa kebaikan kepada universiti. Jangan kita mencari sebab yang kecil bertujuan untuk masuk dan sebagainya. Saya yakin universiti masih mampu, kalau tidak siapakah yang ada di dalam universiti. Golongan cerdik pandai, intelektual, takkanlah tak boleh nak uruskan perkara ini? Jadi ini hanya memperkecilkan mereka. Walaupun saya tidak nafikan mungkin ada berlaku apa yang Yang Berhormat cakapkan itu. Kalau ada, kita siasatlah. Akan tetapi tidak bermakna maka kerana itu kita tak beri tanggungjawab kepada universiti, golongan cerdik pandai yang kita rasa tak boleh nak urus satu pemilihan untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar.

Saya sebagai menteri, saya masih yakin universiti masih mampu untuk menguruskan perkara itu dan dengan syarat itu, kita menilai semua perkara jangan dari aspek politik. Kalau kita menilai itu dari aspek akademik dan sebagainya, saya ingat tak ada masalah. Akan tetapi kita lihat perkara ini dari sudut politik, untung atau tidak untung pada kita. Itu yang jadi masalah.Saya ingat cukuplah Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak kita ada banyak lagi kementerian.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !