Perkara yang mahasiswa nanti-nantikan telah muncul kembali. Kini jelas bahawa PMUKM-Aspirasi yang kurang digemari oleh majoriti mahasiswa, telah dibubarkan secara rasminya pada 1 Oktober.
Ini bermakna, tarikh penamaan akan dijalankan dalam masa 60 hari daripada 1 Oktober. Maksudnya, 30 Disember kita akan melalui proses penamaan calon. Dan selepas itu, selang dua atau tiga hari, akan berlangsungnya pembuangan undi. (Ikut peruntukkan Peraturan 8 (1) Peraturan-Peraturan Pemilihan (Penjalanan Pemilihan) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2007)
Tetapi yang menjadi hairan bin ajaib, kenapa notis pembubaran tidak ditampal di setiap kolej, fakulti atau mana-mana tempat di UKM? Dan lagi pelik, notis pembubaran 1 Oktober, tetapi surat dikeluarkan adalah pada 20 Oktober? 19 hari lagi tu mungkin surat itu dipeti sejukkan kot..
Bahkan lebih teruk, tarikh penamaan calon tidak diumumkan sekali dalam surat satu helai itu. Inilah satu lagi penipuan dan kezaliman kepada mahasiswa oleh pihak bukan mahasiswa.
Walauapapun, kita akan tetap berpilihanraya kampus. Sebelum itu, GMUKM menyeru seluruh mahasiswa UKM, akan melaksanakan dasar ke-2 GMUKM iaitu menjana nilai keintelektualan mahasiswa. Buktikan bahawa mahasiswa seorang yang intelek dan berdaya maju. Buktikan dalam exam kali ini, bahawa mahasiswa UKM seorang yang intelektual dan menyokong dasar GMUKM ini.
GMUKM harap agar mahasiswa dapat menilai kembali amanah yang PMUKM-Apsirasi lakukan semasa menjadi pemimpin sepanjang 2 tahun ini. Harapan agar dalam PRK akan datang, GMUKM diberi peluang satu kali memegang PMUKM bagi melaksanakan 3 dasar kami terutamanya untuk mengajak mahasiswa menghayati kembali falsafah UKM ini..
4 comments:
Bagus.. Gendang perang sudah bermula. tetapi exam mesti diutamakan. Harapan agar mahasiswa semua membantu kemengangn GMUKM pada prk akan datg.
Ingatlah, bantuan anda memenangkan GM, ibarat bantuan keatas diri kt smua.
Good luck 4 ur all in exam. And good luck for GMUKM in next campus election. Hidup mahasiswa,... hidup negara
salam....kenape korang tak hebohkan berita sepenting ini? dyorang pemalas korang kan kuli islam yang rajin. buatlah artikel@poster bagi kat KTSN, KTDI.pengetua dyorang dah lah BAPAK ASPIRAhhhhH.......korang tahu tak blog korang ni tak famous? korang pun lagi ler..ni pun sebab tangan aku yang gatal nak bukak. korang tahu tak, TAK KENAL MAKA TAK CINTA??? so mencapap lah sikit. jangan time PRK je baru korang tunjuk muke. korang exam KTSN, KTDI tak exam. gunekanlah peluang sebaik mungkin. aku SUKE imej ISLAM yang korang bawak tapi aku TAK SUKE persiapan dan cara korang. LEMBAP! TAK MANTAP langsung. korang ni memang pandai kutuk pentadbiran, itulah, inilah, tapi tengoklah dulu anak buah dan jentera korang sendiri. LEMBIK!! aku bukan benci @ ANTI korang tapi aku suke bagi semangat dengan CABAR orang benar2 nak perjuangkan ISLAM ni.
aku nak kongsi laman web ni, melampau! aku pun nek confius. kalo korang rajin komen lah setiap inci ayat dia siap bagi hadis tu, jangan lupe sent kat emel aku plak.
http://maharajazhou.blogdrive.com/archive/108.html
kalau nak tulis tajuk depan 2 biar la getul ayat yg di gunakan
dorang nie name je nak perjuangkan Islam...tapi aku tgk...sume wat utk gile kan kuasa...sampai langgar hukum hakam...lol
Post a Comment